suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Keluarga kekasih tolak pinangan, tak puas hati pemuda bawa rombongan meminang lebih 25 orang

Wahyu terpaksa menanggung malu akibat lamarannya ditolak.

HASRAT seorang lelaki untuk meminang kekasihnya tidak kesampaian apabila pihak keluarga wanita menolak pinangannya hanya kerana rombongan yang dibawa melebihi had 25 orang seperti dipersetujui.

Di sebalik penolakan pinangan itu, wanita tersebut tetap menerima hantaran bernilai belasan juta rupiah termasuk cincin, rantai dan telefon bimbit.

Majlis itu berlangsung di Warungunung, Surabaya, Indonesia, pada 22 Jun lalu.

Lebih menyedihkan, Wahyu Hidayat hanya mengetahui lamarannya ditolak selepas majlis itu berakhir.   

Keluarganya pula mengetahui perkara tersebut menerusi media sosial. 

Wahyu menjelaskan semua yang hadir adalah ahli keluarga serta rakan rapat dan dia tidak menyangka perkara itu menjadi punca penolakan pinangannya.

Wahyu dan kekasihnya saling mengenali selama lima bulan selepas diperkenalkan rakan dan sering keluar bersama setiap hujung minggu. 

Penolakan itu meninggalkan kesan mendalam sehingga Wahyu mengakui pernah terlintas menamatkan nyawa kerana terlalu kecewa.

Sebagai peringatan, perbuatan membunuh diri adalah haram dan merupakan dosa besar dalam Islam. -Agensi

Artikel Lain