suria

Geram tengok adegan tarik-menarik depan jenazah, wanita persoal perbuatan halang waris - “Biarlah dia nak cium berapa lama pun”

Ramai yang berharap dapat mempunyai masa lama bersama jenazah insan tersayang sebelum proses pengebumian. -Gambar hiasan

MEMORI dan kenangan yang terpahat di hati, membuatkan segelintir individu mengambil masa yang lama untuk menatap mahupun mengucup jenazah insan tersayang.

Bagaimanapun, momen terakhir itu sering dihalang kerana dianggap tidak reda dengan pemergian si mati.

Turut menyaksikan situasi yang berlaku itu, seorang pengguna media sosial tampil mempersoalkan kewajaran waris dihalang mengambil masa yang lama untuk mencium jenazah buat kali terakhir.

Pengebumian jenazah perlulah disegerakan. -Gambar hiasan

Pengebumian jenazah perlulah disegerakan. -Gambar hiasan

"Kebanyakan aku tengok, apabila orang dah meninggal dunia, waris-waris yang nak cium jenazah ditarik orang belakang.

"Boleh tak orang belakang ni jangan tarik-tarik? Biarlah dia nak cium untuk kali terakhir berapa lama pun," ajunya menerusi hantaran di laman Thread.

Bagi wanita itu, waris tersebut kehilangan insan tersayang dan memerlukan masa untuk 'melepaskan' kesedihan kerana tidak akan bertemu untuk selama-lamanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah urus beratus jenazah, kali ini situasinya luar biasa! Anggota pengurusan terkejut lihat ‘babak’ isteri cium, bisik di kaki jenazah suami

ARTIKEL BERKAITAN: Sedih ibu baru meninggal, anak tak sangka pihak masjid tiada toleransi... Desak bayar segera kos urus jenazah

Malah ia adalah peluang terakhir yang ada untuk para waris mencium jenazah.

"Tahu tak dia kehilangan orang yang dia sayang, janganlah asyik cakap halang dan suruh dia sabar sambil tarik dia ke belakang.

"Geram! Bagilah peluang kali terakhir tu untuk dia mencium jenazah sambil menerima apa yang terjadi," tambahnya.

  • Netizen persoal waris dihalang cium jenazah.
  • Waris perlukan masa lepaskan kesedihan.
  • Ramai kongsi pengalaman dihalang.
  • Netizen minta beri privasi dan ruang.
  • Ada kata perlu cepat sebab urusan pengebumian.

Hantaran yang dibuatnya itu mengundang pelbagai reaksi dengan kebanyakannya berharap masyarakat lebih sensitif dan prihatin dengan nasib waris yang baru kehilangan.

"Masa bapa aku meninggal, aku menangis tak berhenti, bukan meratap tapi jenis yang air mata meleleh tanpa suara dan lama... ada kawan sound "jangan nak over".

"Masa mama saya meninggal, saya kecil lagi baru berusia enam tahun. Masa nak cium, ada orang cepat-cepat tarik saya. Dia kata nanti air mata saya terkena dekat mama.

Antara reaksi netizen pada hantarannya.

Antara reaksi netizen pada hantarannya.

"Mereka yang tak berkenaan boleh tak bagi ruang? Tak perlu keliling jenazah masa waris nak cakap selamat tinggal, bagilah ruang privasi," demikian reaksi warga maya.

Bagaimanapun segelintir individu berpandangan, tindakan itu bukanlah bertujuan menghalang waris daripada mengucup atau memeluk jenazah untuk tempoh lama, sebaliknya mahu mempercepatkan proses pengebumian dilakukan.

"Bukan tak boleh, tapi kalau nak meratap peluk jenazah lama-lama tu, buat sebelum mandi atau semasa orang baca Yassin. Sebab selepas mandi dan dikafankan, penggali kubur dah menanti, masjid pula nak digunakan untuk waktu solat.

"Kalau tak ditarik, 10 orang macam tu, esok baru boleh tanam. Dekat kubur, orang menunggu, mereka semua ada kerja lain lagi.

"Sebab ramai yang menangis seolah meratap dan hilang pertimbangan. Nabi larang keterlaluan begitu," ujar segelintir netizen lagi.

Artikel Lain