suria

“Kita senyum pun dia sakit hati” - Pemuda kongsi perangai buruk joykiller, tengok orang lain bahagia diri sendiri rasa ‘panas’

Khairy kongsi pengalaman berdepan golongan ‘joykiller’.

PERASAAN dengki apabila melihat kebahagiaan orang lain di dunia ini sememangnya wujud dalam kalangan individu di sekeliling kita.

Harus diakui bahawa tidak semua orang akan tumpang gembira atau berpuas hati dengan rezeki, kejayaan atau kebahagiaan yang kita kecapi, sebaliknya bertindak mencari kesalahan.

Begitulah luahan Khairy Malik dalam hantaran di Facebook yang mana dia berkongsi pengalaman berdepan golongan manusia yang tidak boleh melihat orang lain bahagia atau digelar ‘joykiller’.

Menerusi perkongsiannya, dia memperkenalkan diri sebagai anak peneroka Felda yang sudah berhijrah ke kota meninggalkan adik beradik di kampung dan ibu bapanya sudah meninggal dunia.

Bagaimanapun katanya, segala tindak tanduk dan gerak gerinya sering menjadi pertikaian oleh orang di sekeliling termasuklah di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Nanti kita tegur kata dengki” - Tiada helmet, 2 nyawa bergantung pada satu tali! Ibu dukung anak naik flying fox dikecam

ARTIKEL BERKAITAN: “Ada orang dengki dekat mu!” - Setengah tahun adik meracau, rupa-rupanya ada orang tanam patung hitam dekat rumah

“Pernah dulu, saya post gambar pergi berjalan. Ada orang komen Seronok ya pergi berjalan. Tak balik kampung ke jenguk mak ayah? Takkanlah kita nak beritahu orang setiap kali kita balik kampung. Kita duduk dalam rumah, bukannya kau nampak.

“Pernah post gambar tengok wayang, pergi makan dekat restoran, tangkap gambar makanan. Ada juga orang mengata Gembira ya? Makan sedap-sedap. Harap-harap adik beradik yang susah kat kampung tu tolongla sama ye.

“Waktu tu 'menyirap'. Geram. Duit yang kita keluar untuk tolong ahli keluarga kita sendiri, takkanlah saya nak beritahu orang. Takkanlah saya nak buat pengumuman di masjid pula setiap kali beli beras untuk keluarga,” jelasnya lagi.

Tidak terhenti di situ, ketika lelaki ini baru sahaja putus cinta, gambar wanita lain turut dijadikan kaitan dan spekulasi serta dirinya dituduh tanpa usul periksa.

Jelasnya, mereka beranggapan dia memutuskan perhubungan gara-gara mempunyai 'perempuan lain'.

Hantaran asal yang tular di Facebook.

Kata-kata itu dianggap sangat biadab oleh lelaki ini apatah lagi mereka tidak mengetahui cerita sebenar apa yang terjadi dalam kehidupannya.

“Bagi saya, dalam hidup ni memang akan sentiasa ada joykiller. Mereka memang tak boleh nampak kita bahagia.

“Dia rasa sakit mata tengok gambar kita makan sedap. Dia rasa sakit jiwa tengok gambar kita pergi berjalan. Dia rasa sakit hati tengok gambar kita senyum, ketawa. Kita senyum pun dia sakit hati.

“Cukuplah. Orang begini, kita buanglah dari hidup. Block (sekat) dari media sosial jika perlu. Unfriendlah jika perlu. Tidak perlu ada CCTV (pemerhati) di media sosial yang memerhati setiap aktiviti kita,” luahnya lagi.

Menurut Khairy, bukanlah semua insan yang kita kenal menyukai, menyokong dan menyebelahi kita.

Komen netizen di Facebook.

Katanya lagi, golongan ini lebih berpuas hati apabila kita menyajikan kisah sedih dan keadaan susah berbanding kegembiraan di media sosial.

Di bahagian akhir hantaran dibuat, dia turut menitipkan doa agar semua individu sentiasa dikelilingi orang baik-baik dan bukannya berhati busuk seperti diceritakan.

Perkongsian dibuat Khairy meraih lebih 6,700 tanda suka dan lebih 11,000 perkongsian semula oleh pelayar lain.

Ini secara tak langsung menunjukkan bahawa hantaran dibuat dipersetujui oleh rata-rata warga maya yang turut merasai pengalaman sama, begitu juga jika diteliti pada ruangan komen.

“Biasanya orang yang komen macam ni orang terdekat dengan kita. Boleh jadi adik beradik, sepupu sepapat atau kawan kampung yang rasa tahu latar belakang keluarga kita. Sebab tu berani komen macam dia ada asas pengetahuan tentang keluarga kita.

“Betul sekali. Ramai orang dengki di sekeliling kita. Nampak orang gembira bahagia pun mereka sakit hati tengok. Sangat joykiller dan ada si pemerhati untuk disampaikan kepada orang-orang sekutunya. Selalu ada rasa ‘toksik’.

“Orang jenis macam ni sebenarnya ada masalah hati. Sibuk nak fikir pasal orang lain. Bila kawan post momen gembira dan bahagia, cuba doakan yang baik-baik. Kalau tak suka cukup sekadar simpan dalam hati awak je,” luah beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain