DALAM proses pengambilan pekerja, pelbagai situasi dan reaksi calon yang perlu dihadapi majikan dengan penuh profesional.
Terbaharu, tular satu perkongsian oleh seorang wanita yang dipercayai bertugas sebagai kakitangan sumber manusia (HR), mengenai pengalaman mengendalikan seorang calon yang ragu-ragu untuk menerima tawaran kerja.
Dalam perkongsian itu, dia memuat naik imej tangkap layar (screenshot) mesej yang dihantar calon berkenaan, memaklumkan masih mempertimbangkan untuk menerima kerja tersebut memandangkan bapanya kurang bersetuju mengenai jumlah gaji ditawarkan.
Peringkat temuduga adalah fasa penting di mana calon dinilai oleh majikan. -Gambar hiasan
"Hi cik, semalam saya ada berbincang dengan bapa saya mengenai tawaran pekerjaan ini.
"Semuanya okay, tapi bapa saya kurang gembira mengenai gaji," demikian mesej yang ditulis calon tersebut.
Bagaimanapun, wanita berkenaan tidak mendedahkan jawatan kerja serta gaji yang ditawarkan kepada calon tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja Gen Z ‘hilang’ lepas sebulan kerja, senior risau jika tiba-tiba jatuh sakit... Status WhatsApp bongkar segalanya
ARTIKEL BERKAITAN: Staf Gen Z tak tahu diuntung! Gaji pokok RM4,000 sebulan, ada kemudahan WFH tapi tetap nak curi tulang
Meskipun begitu, maklum balas daripada calon itu sedikit sebanyak mengundang rasa kurang puas hati wanita tersebut kerana merasakan keputusan melibatkan soal kerjaya sewajarnya ditentukan 'tuan badan' sendiri.
"Sekarang ni yang mohon kerjanya si anak. Nak reply apa ni?" tulisnya sambil meminta pandangan warga maya mengenai situasi tersebut.
Di ruangan komen, perkongsian berkenaan mengundang reaksi bercampur daripada warga maya, di mana sebahagian besarnya kurang bersetuju dengan tindakan calon tersebut.
Seorang kakitangan HR berkongsi pengalaman berdepan calon yang ragu-ragu terima tawaran kerana bapanya kurang setuju mengenai gaji.
Calon itu memberi memberi maklum balas menerusi mesej yang dihantar kepada kakitangan HR tersebut.
Kakitangan itu mempertikaikan sikap calon berkenaan kerana tidak mampu membuat keputusan mengenai kerjaya sendiri.
Ramai netizen mengkritik calon tersebut yang dilihat tidak matang dan terlalu bergantung kepada ibu bapa.
Namun, ada juga yang berpandangan calon tersebut mungkin masih muda dan perlukan panduan.
Bagi mereka, meskipun tidak menjadi kesalahan untuk mendapatkan pandangan keluarga sebelum membuat keputusan, situasi ini mencerminkan tahap kematangan dan kebergantungan calon terhadap keputusan pihak ketiga dalam hal berkaitan kerjaya.
"Inilah perangai sebenar perempuan yang tak independent. Semuanya bergantung dengan bapa.
"Kadang memang ada budak-budak yang lurus bendul macam ni, apa yang parents dia kata, sebiji-sebiji dia beritahu dekat orang. Lagi-lagi baru habis study, duduk bawah ketiak mak.
"Reject. Sangat tak profesional. Dah masuk kerja nanti lagi banyak masalah," komen segelintir netizen.

Namun begitu, ada yang berpandangan calon berkenaan masih baru dalam alam pekerjaan dan memerlukan panduan daripada individu berpengalaman seperti ibu bapa.
"Saya jenis apa-apa memang consult dengan parents. Saya rasa dia pun sama. Tapi mungkin dia muda lagi, tak matang, lurus, jujur," komen netizen.


