ISU segelintir pekerja yang didakwa mengambil masa terlalu lama untuk menunaikan solat di surau ketika waktu pejabat menimbulkan rasa kurang senang salah seorang kakitangan di syarikat sama.
Menerusi hantaran di Threads, dia mendakwa ada rakan sepejabat yang akan pergi ke surau untuk menunaikan solat Asar tepat pukul 5.30 petang dan menghabiskan masa lebih setengah jam di sana.
Kemudian sekitar pukul 6 petang mereka akan tergesa-gesa masuk ke pejabat untuk mematikan komputer sebelum pulang ke rumah.

Umat Islam hendaklah solat pada awal waktu. -Gambar hiasan
"Menyampah tengok budak di pejabat yang kuat 'berlakon' ni. Pukul 5.30 petang tepat turun ke surau, kemudian luangkan lebih setengah jam dekat sana.
"Kemudian naik ke atas (pejabat) matikan komputer, bukan untuk sambung kerja. Nampak la dekat time sheet setiap hari balik lepas pukul 6," jelasnya.
Menurut wanita itu, waktu tamat kerja sebenar adalah pada pukul 5.30 petang, namun segelintir pekerja tetap pulang selepas pukul 6 petang walaupun tidak melakukan apa-apa tugasan.
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri anak 3 kecapi nikmat berselingkuh dengan rakan sekerja… Dapat layanan macam baru kahwin - “Rasa macam ada spark!”
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri 'ajar' perempuan tak tahu malu... Main cubit perut, pegang suami orang di bazar - “Sorry, kami memang macam ni”
Situasi tersebut katanya mengundang rasa kurang senang pihak pengurusan hingganPengarah Urusan (MD) mula mengarahkan agar penggunaan masa di surau dipantau kerana dianggap mengganggu disiplin kerja.
"Disebabkan itu, MD sudah beri amaran kepada saya supaya memantau penggunaan masa di surau. Tolonglah semua, jangan cemarkan nama Islam.
"Saya malas nak tegur benda-benda remeh macam ni. Awak semua dah tua, berfikir la guna otak. Isunya, MD tak suka apabila belum clock out tapi tidak berada di meja kerja.
- Seorang wanita kurang senang dengan rakan sepejabat yang mengambil masa yang lama di surau.
- Mereka kemudian naik semula ke pejabat untuk mematikan komputer sebelum pulang.
- Pihak pengurusan mengarahkan masa di surau dipantau kerana menjejaskan disiplin kerja.
- Wanita itu menyifatkan tindakan tersebut mencemarkan nama Islam.
- Netizen berpendapat solat tidak wajar dijadikan alasan untuk melengahkan kerja.
"Kerap guna alasan ke surau dan duduk di sana lebih daripada setengah jam. Memo (arahan) sudah keluar, tapi mereka masih tidak faham bahasa," tulisnya lagi.
Menurut cerita wanita ini lagi, pekerja dimaksudkan ini tidak menuntut bayaran lebih masa (OT) yang membuatkan dia kurang senang dengan sikap para pekerja itu.
Namun mereka sering memberi alasan terlalu sibuk hingga tidak sempat menyiapkan tugasan sebelum tamat waktu pejabat.

Masalah 'mengelat' di tempat kerja banyak dikongsikan di media sosial. -Gambar hiasan
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya bersetuju solat tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk melengahkan tugasan.
"Biasanya saya akan selesaikan kerja dulu baru solat. Atau, Azan (masuk waktu) je terus solat. Kemudian terus turun ke pejabat untuk siapkan kerja.
"Perangai sama macam 'geng tingkap' dekat pejabat saya. Turun ramai-ramai pergi surau. Kadang-kadang sampai satu jam lebih untuk satu waktu solat.
"Kemudian naik dekat ofis terus kemas-kemas barang dan balik rumah. Wow kan? Lepas tu sibuk fasal waktu kerja orang lain," komen beberapa netizen.


