MELANCONG dianggap sebagai hobi mahal, apatah lagi jika destinasi yang dikunjungi terletak di luar Malaysia.Di platform X, seorang wanita mendakwa sering disindir oleh keluarga mentuanya setiap kali dia bercuti ke luar negara. "Aku dengan suami baru balik dari Krabi, Thailand. Bagi la cenderamata dekat mentua. Bapa mentua perli, katanya aku asyik habiskan duit suami. Setahun bercuti tiga ke empat destinasi.Malaysia juga mempunyai banyak destinasi menarik untuk dikunjungi. -Gambar hiasan AI"Padahal aku yang banyak bayar sebab aku suka bercuti dengan selesa. Jadi aku sanggup berbelanja lebih untuk kos hotel dan sebagainya."Ada je ajak mak ayah mentua, tapi mereka bagi alasan tak ada duit dan tak ada cuti. Tapi pernah je bawa mentua kalau kami bercuti dalam negara sebelum ni," kongsinya.Menurut wanita berusia 30 tahun itu, dia dan suaminya sudah mendirikan rumah tangga selama empat tahun.Wanita dakwa diperli oleh mentua kerana kerap bercuti luar negara.Dia dituduh menghabiskan duit suami walaupun sering menggunakan duit sendiri untuk bercuti.Pengadu juga digelar isteri liar kerana pernah bercuti dengan kawan-kawan tanpa membawa suami.Netizen beri nasihat supaya dia tak ambil serius perlian keluarga mentuanya.Ringkasan ini dijana oleh AIDalam hantaran sama, wanita itu mendakwa dia turut dilabel sebagai 'liar' kerana pernah bercuti ke luar negara bersama kawan-kawan tanpa suami."Dah banyak kali suami jelaskan yang aku bayar sendiri kos bercuti, tapi mereka tak percaya. Jadi sekarang aku travel dengan kawan-kawan ke luar negara."Tapi mereka mula persoal kenapa biarkan suami sendirian dan tak jaga makan? Mereka kata... cari lagi isteri orang bandar, liar la sikit.ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda mengaku tiada pengalaman travel luar negara, tak pandai naik 'flight'... Bagusnya simpanan cecah RM100,000ARTIKEL BERKAITAN: Bercuti dengan mentua, suami tempah 1 bilik je! Bagi alasan keluarga dah biasa... Tak fikir privasi, isteri tak selesa"Aku ni sikit lagi nak jadi menantu derhaka. Padahal suami aku boleh je beli makanan sendiri masa aku tiada," luahnya lagi.Di ruangan komen, pelayar X menasihati wanita itu agar tidak menghiraukan pandangan serong keluarga mentuanya."Buat tak tahu je. Atau pun block je keluarga mentua di media sosial."Mindset mereka asal bercuti je mesti habiskan duit. Selagi tak duduk serumah, buat apa nak kisah?" tulis beberapa netizen.