ISU privasi dalam rumah tangga sering menjadi topik sensitif, lebih-lebih lagi apabila melibatkan keluarga mentua. Satu perkongsian di media sosial menarik perhatian warga maya, apabila seorang individu meminta pandangan mengenai situasi yang dialami oleh rakannya ketika bercuti bersama keluarga mentua. Menurut individu tersebut, rakannya terkejut apabila dimaklumkan oleh suami bahawa mereka berkongsi bilik dengan ibu dan bapa mentua sepanjang percutian.ARTIKEL BERKAITAN: Umur 70 tahun masih toksik, nak kongkong semua perkara... Anak nekad pindah dari rumah ibu, mahu jaga mental isteriARTIKEL BERKAITAN: Mentua tinggal sebumbung tuduh menantu perempuan tak solat, banyak soal tentang agama - "Anak sendiri pun tak betul""Normal ke pasangan suami isteri berkongsi bilik dengan parents-in-law? Situasinya adalah, kawan saya bercuti dengan keluarga mentua."Kemudian suami dia beritahu yang mereka tempah bilik hotel satu sahaja. Bilik ada dua katil saiz queen. Bukan connecting room. Family room jenis yang satu bilik ada dua katil," tulisnya dalam hantaran berkenaan.Makan malam bersama dapat mengeratkan hubungan sesama keluarga. -Gambar hiasan AIMenurut individu berkenaan, bagi rakannya, perkara tersebut sama sekali berbeza dengan cara keluarganya yang mementingkan privasi lebih-lebih lagi melibatkan pasangan yang sudah berkahwin."Alasan dia (suami) sebab keluarga mereka dah biasa macam tu."Setiap kali bercuti akan booked satu bilik sahaja jadi boleh menghabiskan masa banyak-banyak dan juga jimat."Apa pandangan korang? Adakah benda ini normal?" tulisnya sambil bertanyakan pandangan warga maya bagi pihak rakan. Seorang individu berkongsi situasi rakannya bercuti bersama keluarga mentua.Rakan tersebut terkejut apabila perlu berkongsi satu bilik hotel dengan ibu bapa mentua.Bilik berkenaan adalah jenis family room dengan dua katil queen.Suaminya berkata amalan itu biasa dalam keluarganya atas alasan jimat dan boleh luang masa bersama.Netizen rata-rata tidak bersetuju dan menegaskan soal privasi.Ringkasan ini dijana oleh AIDi ruangan komen, perkongsian individu tersebut meraih reaksi bercampur daripada netizen.Namun rata-ratanya berpendapat, amalan itu tidak wajar dinormalisasikan kerana melibatkan aurat serta privasi biarpun dengan mentua sendiri."Kalau tak selesa, beritahu ada hal tak dapat join atau just terus terang tak biasa share bilik. Tunggu sampai duit cukup, plan balik."Saya tak selesa walaupun boleh free hair depan bapa mentua."Mudah je, keluarkan bajet sendiri, tambah satu bilik, kemudian request dekat receptionist untuk connecting room, selesai," demikian antara komen netizen.