suria

“Bunyi macam tercekik tulang ikan” - Lelaki mengadu tak dapat tidur sempurna lepas kahwin, ‘seram’ dengar isteri berdengkur

Masalah dengkur boleh menyebabkan tidur pasangan terganggu. -Gambar hiasan AI

PERKAHWINAN bukan sekadar menyatukan dua insan, malah membuka ruang untuk kita mengenali tabiat pasangan yang selama ini mungkin tidak diketahui.

Itulah yang dialami seorang lelaki apabila dia baru menyedari isterinya berdengkur ketika tidur selepas berkahwin, seperti dikongsikan di Thread.

"Guys, tolong aku. Apa harus aku buat? Aku baru kahwin, baru dapat tahu yang isteri aku ni kuat berdengkur. Sampai aku tak boleh nak tidur.

Suami isteri perlu berterus terang bagi menyelesaikan masalah dalam rumah tangga. -Gambar hiasan AI

"Dia punya kuat tu, menggelegak bunyinya. Apa patut aku buat? Aku takut nak beritahu, bimbang dia terasa hati. Tapi aku tak boleh nak tidur," tulis lelaki itu.

Di ruangan komen, pelayar Thread berkata ramai sebenarnya individu, tidak kira lelaki atau wanita yang mengalami masalah itu.

"Abang ipar saya pun dengkur macam kapal laut. Tapi Alhamdulillah, dekat 20 tahun dah kahwin. 

  • Lelaki baru kahwin terkejut isterinya tidur berdengkur.
  • Dia kini terganggu dan sukar untuk melelapkan mata.
  • Lelaki itu juga dalam dilema untuk menegur isterinya.
  • Netizen minta lelaki itu bawa isterinya jumpa doktor.

"Saya dan suami pun dengkur. Macam bertanding pula. Kami tidur bilik asing, tapi tak terjejas pun bab hubungan intim.

"Saya kalau penat memang berdengkur. Suami sampai kejut saya daripada tidur, dia kata bunyi macam tercekik tulang ikan," tulis netizen.

Netizen turut memberi nasihat kepada lelaki itu agar berterus-terang dan cuba membantu isterinya dalam mengatasi masalah itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dapat dengar suara dengkur pun dah seronok, baru boleh lelap... Gadis mengaku dahaga perhatian, suka ‘call’ BF sebelum tidur

ARTIKEL BERKAITAN: Selalu cuba nak ‘bersama’ suami tapi sikap pengotor potong ‘mood’! Hilang selera bau air liur basi, tidur berdengkur kuat

"Boleh je pergi hospital. Jumpa doktor Telinga, Hidung, Tekak (ENT) untuk dapatkan diagnosis dan rancangan rawatan yang sesuai.

"Kamu kena komunikasi dengan isteri. Cara cakap tu tunjuk concern, bukannya complaint yang dia berdengkur. Boleh juga ajak jumpa doktor.

"Kalau teruk sangat, baik pergi check. Risau dia ada masalah lain juga," saran beberapa netizen.

Artikel Lain