ISU kebajikan pekerja dalam sektor pendidikan awal kanak-kanak terus menjadi bualan selepas seorang pengguna media sosial mendedahkan realiti pahit yang dihadapi guru tadika dan pengasuh pusat jagaan.Pengguna itu juga mendakwa pemilik premis itu mengaut keuntungan berlipat ganda dengan mengenakan yuran tadika dan pusat asuhan yang tinggi kepada ibu bapa. "Yuran tadika dan yuran daycare punyalah mahal tapi kenapalah gaji pekerja dia tersangat murah (underpaid)," luahnya ringkas, di Thread.Menurut lelaki ini, hantaran tersebut dibuat berdasarkan situasi dialami adiknya yang berkhidmat sebagai guru tadika.Perkhidmatan tadika dan pusat asuhan merupakan keperluan utama ibu dan bapa berkerjaya. -Gambar hiasan AIMalah dia turut dimaklumkan bahawa pemilik institusi tempat adiknya bekerja itu mempunyai tiga cawangan dengan jumlah staf seramai 15 orang."Adik aku cikgu tadika, owner tadika dia ada tiga cawangan dengan 15 orang pekerja termasuk cikgu serta pembantu."Rata-rata gaji dalam RM1,700 hingga RM2,000 je, kenaikan pun kadang-kadang je dapat."Bonus pula suku daripada gaji mereka," ujarnya, cuba membuat anggaran kasar kos operasi tadika berkenaan.Isu kebajikan guru tadika dan pengasuh jadi perbualan hangat.Yuran mahal, namun gaji pekerja didakwa rendah dan tak setimpal tugas.Gaji sekitar RM1,700–RM2,000, bonus pula suku gaji.Majikan dikatakan hidup mewah walaupun pekerja tertekan.Netizen jelaskan kos operasi taska tinggi, bisnes berisiko.Ringkasan ini dijana oleh AIPada masa sama, dia turut mempersoalkan kehidupan majikan adiknya yang dilihat mengamalkan gaya hidup mewah di samping mempunyai pemilikan aset bernilai ratusan ribu ringgit."Owner mewah gila, sepatutnya bagilah atas RM2,500 sebab cikgu contribute banyak. Lepas dah settle program, modal belanja di kedai tomyam untuk satu pasukan."Kalau buat hari keluarga pula, duit makan kena keluar sendiri," tambahnya yang kurang berpuas hati dengan gaji dan manfaat lain yang diberikan oleh majikan adik.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita pertikai guru dapat gaji walau cuti sekolah, pekerja swasta gigih kerja demi bonus 'samar-samar' - "Sebenarnya ni eksperimen sosial"ARTIKEL BERKAITAN: Sumpah kesian! Cikgu tadika islamik mengadu kerja teruk, tanggungjawab berat tapi gaji kurang RM500Hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya yang rata-ratanya memahami kos operasi sebuah tadika dan pusat asuhan sememangnya tinggi.Justeru, kebanyakan netizen meminta dia bersikap pukul rata selain meneliti kos keseluruhan pengoperasian taska termasuk gaji dan upah pekerja."Buka tadika dahulu, baru tahu kenapa gaji 'underpaid'."Yuran yang dikatakan mahal tu berapa? Perniagaan adalah berisiko dan kena simpan reserved supaya dapat tanggung kos untuk tiga bulan tanpa pelajar."Macam itulah kehidupan 'local brand', tapi kalau antarabangsa, mesti akan dapat RM2,500 ke atas," demikian antara reaksi netizen.