suria

Sumpah kesian! Cikgu tadika islamik mengadu kerja teruk, tanggungjawab berat tapi gaji kurang RM500

Guru itu menghantar mesej luahan hatinya kepada Fedtri menerusi Twitter. (Gambar Hiasan)

TAHUN 2022 berbaki kurang enam bulan sebelum melabuhkan tirainya, namun isu gaji di negara ini bagaikan tidak berkesudahan.

Biarpun pelaksanaan Perintah Gaji Minimum (PGM) 2022 sebanyak RM1,500 bermula pada 1 Mei lalu, masih wujud majikan degil yang menawarkan angka terlalu rendah buat kakitangan mereka.

Menerusi laman Twitter, pengacara dan penulis lirik terkenal, Ahmad Fedtri Yahya memuat naik tangkap layar luahan hati seorang guru tadika yang hanya dibayar RM450 sebulan.

taska3

Pendedahan beberapa guru tadika kepada Fedtri tular di Twitter.

"Assalamualaikum tuan, saya perlukan bantuan untuk bertanya. Normal ke masih bergaji RM450 sebulan dalam ekonomi yang meningkat sekarang ni?

"Saya bekerja sebagai guru di sebuah tadika islamik yang saya tak nak sebut namanya," ujar individu itu dalam mesej berkenaan.

Fedtri memuat naik tangkap layar mesej itu pada lewat petang Selasa dan mengakui dia sendiri tidak dapat membayangkan situasi yang dilalui guru tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Tanya kenapa ‘gaji dipotong’ dianggap biadab, gadis terkedu bos jawab ‘esok tak payah datang kerja’... kini cari rezeki jual kek batik!

ARTIKEL BERKAITAN: Pemikiran orang bisnes... dah dibayar gaji, majikan tak perlu lagi belanja staf makan! Bukan kedekut, tapi tanda bijak urus duit

Dia turut memuat naik mesej yang dihantar seorang lagi individu, mendakwa turut berdepan situasi sama, malah tidak mempunyai caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

"Saya pun gaji RM450 sebulan. Kerja dari 7 pagi sampai 6 petang. Tiada KWSP. semua tak ada. Saya pekerja taska. Mohon sorok nama Twitter saya kalau nak post," ujar individu itu kepada Fedtri.

Dalam siri pendedahan itu, seorang lagi mangsa turut berkongsi luahan hatinya kepada Fedtri, mendakwa dibebani dengan kerja namun dibayar pada harga tidak setimpal.

Normal ke masih bergaji RM450 sebulan dalam ekonomi yang meningkat sekarang ni?

GURU TADIKA ISLAMIK

"Untuk pengetahuan, saya bekerja 7.30 pagi sehingga 1 petang. Saya jaga 19 orang budak dalam sekelas. Dengan target yang tinggi untuk akademik, hafal surah dan hadis.

"Saya baru mengajar tahun lepas. Saya bukan bersuara untuk saya seorang. Kebanyakan rakan kerja pun memang cakap benda yang sama cuma kami tak ada keberanian dan saluran untuk menyuarakan pasal gaji ni.

"Contoh dah bekerja hampir 10 tahun pun masih bergaji RM500 sebab kebanyakan rakan kerja ni dah berusia," dakwa individu itu dalam mesejnya kepada Fedtri.

taska2

Sebahagian komen netizen menerusi Twitter.

Selain menerima lebih 3,000 ulang kicau (retweet), ramai netizen turut meluahkan rasa berang atas penganiayaan yang dilakukan oleh insitusi pendidikan tersebut.

"Cikgu tadika sumpah kesian. Teman wanita kerja sampai malam, sikit OT pun tak ada. Hari tu tadika dia pindah, dia yang kena alihkan barang. Hairan aku, ni ke tugas guru?

"Bukan ke kerajaan dah tetapkan gaji minima RM1,500? Ke guru tadika atau taska ni tak termaktub dalam penggajian minimum tu?

"Tadika memang kedekut nak mampus. Ingat senang ke nak jaga budak. Apa-apa kita yang kena tanggung," tulis beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain