KEHILANGAN insan tersayang pasti memberi kesan mendalam kepada sesiapa sahaja.Begitu juga apa yang dilalui oleh wanita ini selepas suaminya meninggal dunia kira-kira sembilan tahun lalu. Malah katanya, tanggal 1 Mac 2017 bukan sahaja terpahat dalam hatinya malah menjadi tarikh keramat untuk dia mengenang segala memori bersama arwah."Arwah suami saya telah pergi ke negara abadi pada 1 Mac 2017. Jadi, saya akan ambil cuti pada 1 Mac, setiap tahun," luahnya di Thread.Keluarga bahagia merupakan impian setiap orang. -Gambar hiasan AILebih menyentuh hati apabila dia mendedahkan pesanan terakhir arwah suaminya kira-kira tiga bulan sebelum meninggal dunia.Menurut wanita ini, arwah suami bukan sahaja meminta dia menjaga anak-anak malah tidak membenarkan dia berkahwin semula."Kata-kata dari arwah tiga bulan sebelum pergi adalah dia tidak benarkan saya berkahwin semula apabila dia tiada. Jaga anak-anak dia," tambahnya yang sehingga kini mematuhi amanat terakhir arwah.Bagaimanapun, baru-baru ini timbul dilema dalam dirinya apabila memikirkan nasib jika anak-anak sudah bekerja dan tinggal berjauhan kelak.Wanita masih 'berkabung' selepas suami meninggal dunia pada 1 Mac 2017.Setiap 1 Mac diambil cuti untuk mengenang arwah.Patuh pesan suami supaya tidak berkahwin semula dan menjaga anak-anak.Takut nak buka hati walaupun sering disalah tafsir bersikap mesra.Netizen kagum kesetiaan, ada nasihat jangan menyeksa diri sendiri.Ringkasan ini dijana oleh AIPada masa sama dia mengakui berasa takut untuk 'membuka hati' menerima lelaki lain disebabkan pesanan terakhir arwah suami."Bukan tak nak buka hati, tapi saya takut. Kelakuan saya nampak friendly, sampai ada yang salah tafsir."Tapi sebenarnya saya takut... takut 'langgar' pesanan akhir arwah suami."Sekarang, anak-anak semakin membesar dan ada yang dah masuk institusi pengajian tinggi.ARTIKEL BERKAITAN: Terjumpa kertas tulisan tangan arwah suami selepas 5 bulan meninggal... Isteri baru habis berpantang dedah pesan terakhirARTIKEL BERKAITAN: Bercinta 9 tahun, isteri meninggal selepas 3 bulan kahwin, 4 hari sebelum honeymoon ke Maldives, “Tiada pesanan terakhir cuma ucapan...”"Apalah nasib saya apabila anak-anak mula bekerja dan tinggal berjauhan," tambahnya yang buntu mengenangkan kehidupan di usia emas.Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan kesetiaan wanita tersebut, namun ada juga yang memberi pandangan berbeza mengenai pesanan arwah.Reaksi netizen."Perintah suami wajib patuh masa hidup, jika suami tiada, perintah yang memudaratkan tak wajib dipatuhi."Urusan suami di dunia ni dah habis, tak perlulah nak taat pada perkara yang tidak sepatutnya."Wajib taat pada perintahnya selama hidup sahaja, dia dah tak ada apa-apa lagi lepas dah meninggal."Jodoh di tangan Tuhan... kalau awak yang pergi dulu, dia mesti tak akan bujang selamanya," demikian antara reaksi netizen.