suria

Murid Tahun 5 menangis tepi pagar, tuduh cikgu Matematik punca tak suka ke sekolah - “Tapi hari aku tak mengajar pun dia ponteng!”

Seorang pendidik perlu bertegas dengan muridnya apabila terdapat masalah disiplin. -Gambar hiasan AI

SEORANG guru meluahkan rasa terkilan apabila dituduh menjadi punca seorang murid enggan hadir ke sekolah.

Lebih merunsingkan apabila bapa murid terbabit dikatakan sering membuat aduan kepada pihak pengurusan sekolah susulan masalah yang dialami anaknya.

Bagaimanapun guru berkenaan tampil menafikan tuduhan berkenaan dan dalam masa sama mendakwa dia hanya menjadi kambing hitam dalam kes berkenaan.

"Kepada ibu bapa, kalau anak memang pemalas dan kaki ponteng... cuba jangan jual nama cikgu konon anak tak nak sekolah sebab cikgu garang.

"Sakit hati aku, pagi-pagi masa baru nak mulakan kelas PJ (Pendidikan Jasmani), guru penolong kanan HEM hubungi dan tanya ada kelas Matematik atau tak.

Pendidikan anak-anak menjadi keutamaan ibu bapa. -Gambar hiasan

Pendidikan anak-anak menjadi keutamaan ibu bapa. -Gambar hiasan 

"Rupanya ada budak menangis kat pagar sekolah sebab tak mahu masuk dengan alasan takut pada aku.

"Bapa dia siap persoalkan apa yang cikgu (aku) dah buat sampai anak dia takut sangat," luahnya di Thread.

Tambah guru lelaki terbabit, sebenarnya dia sudah mengetahui tentang aduan seumpama itu sejak tahun lalu.

Namun hasil semakannya dipercayai murid terbabit cuba mereka-reka cerita agar tidak perlu ke sekolah.

  • Guru terkilan dituduh punca murid enggan ke sekolah.
  • Murid dikatakan menangis di pagar, bapa salahkan cikgu.
  • Guru dedah murid jarang hadir, malah bukan dalam kelasnya.
  • Aduan berlarutan sejak tahun lalu, buat guru terbeban.
  • Netizen simpati, nasihat ibu bapa jangan mudah tuduh guru.

"Sejak tahun lepas aku dah dengar bapa budak ni buat aduan di pejabat cakap anak dia takut datang sekolah sebab aku garang.

"Masalahnya, tahun lepas dia masuk kelas pemulihan. Jadi waktu subjek Matematik memang tak ada dalam kelas aku. 

"Waktu PJ pula, jarang sekali aku marah sebab biasanya untuk have fun je bagi budak beriadah," jelasnya mengimbas sesi pengajaran dan pembelajaran (PDP) sesi persekolahan 2025.

Tambahnya lagi, sejak awal sesi persekolahan tahun ini, murid terbabit sudah beberapa kali tidak hadir ke sekolah, termasuk pada hari dia tidak mengajar di kelasnya.

"Tahun ni minggu pertama memang tak ada PDP, minggu kedua dan minggu lepas ada tiga kali kelas Matematik... memang budak tu tak datang.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar lelaki bertumbuk dalam kelas, cikgu Sejarah bingkas cekup anak murid! Eh, rupanya cikgu kena ‘prank’

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu pertahan budaya pontengkan anak demi melancong, minta orang luar jangan sibuk... Tak sekolah tetap dapat anugerah!

"Kemudian pada 27 Januari pun dia tak datang. Tiba-tiba pada 28 hari bulan ada drama menangis depan pagar sekolah dan bapanya salahkan aku.

"Apabila aku semak hari yang tak ada kelas dengan aku pun, dia memang tak datang... sekarang dah Tahun 5.

"Jangan sampai aku semak kehadiran dia sejak Tahun 1, sewaktu aku belum wujud dalam hidup anak dia," luahnya kecewa.

Situasi yang dialami itu membuatkan dia berasa terbeban.

Reaksi warga maya.

Reaksi warga maya.

Tambahan pula dia terpaksa berjumpa pihak pentadbir bagi menjelaskan tentang dakwaan yang disifatkan sebagai tidak berasas.

"Aku tak kisah kalau ibu bapa murid yang aku marah tu mengadu kata aku garang. 

"Memang aku garang apabila budak tak buat kerja dan tak beri perhatian dalam kelas. Tapi dalam kes ni, budak tu pun tak wujud," adunya.

Perkongsian itu mendapat perhatian warga maya yang rata-rata bersimpati dan bersetuju bahawa ibu bapa tidak seharusnya mudah menyalahkan guru.

Artikel Lain