SEGELINTIR ibu bapa dilihat seolah-olah tidak kisah dengan prestasi kehadiran anak-anak mereka ke sekolah.Di Thread, seorang wanita tampil membuat teguran terbuka mengenai isu berkenaan yang dianggap sudah menjadi kebiasaan dan harus diperbetulkan. "Saya tertanya-tanya, kenapa mak ayah hari ini tak serius tentang persekolahan dan pembelajaran anak-anak?Pendidikan anak-anak perlu menjadi keutamaan ibu bapa. -Gambar hiasan "Contohnya suka pontengkan anak bawa pergi bercuti, balik kampung dan sebagainya. Banyak alasan untuk tak ke sekolah. Kenapa?"Adakah persekolahan dah jadi tak penting untuk zaman sekarang dan kenapa hal ini menjadi satu kebiasaan?" tulisnya.Menjengah ke ruangan komen, ramai ibu bapa turut memberikan pendapat masing-masing berhubung perkara itu.Seorang pelayar Thread buat teguran terbuka kepada ibu bapa yang biarkan anak-anak ponteng sekolah.Seorang ibu tampil di ruangan komen dan berkongsi pendapatnya berhubung perkara itu.Ibu itu berkata dia membenarkan anak-anaknya ponteng untuk mengikutnya bercuti.Dia juga meminta orang lain agar tidak menghakimi cara yang digunakannya dalam membesarkan anak-anak.Ringkasan ini dijana oleh AIPaling mencuri tumpuan, seorang ibu mengaku anaknya juga pernah tidak dihantar ke sekolah demi percutian keluarga."Saya adalah mak ayah yang cutikan anak untuk travel. Sebab saya percaya, anak saya boleh belajar banyak perkara lain juga selain dalam kelas."Saya cutikan anak saya, tapi saya masih pastikan semua kerja sekolah tak ketinggalan. Alhamdulillah, setiap tahun anak-anak saya dapat anugerah akademik.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita risau trend ‘halalkan’ anak ponteng sekolah sebab balik kampung... Sekali ‘diserang’ geng ibu bapa, guruARTIKEL BERKAITAN: Anak disuruh ponteng, tak mampu bawa makanan jamuan ‘potluck’ sekolah... Ibu kecil hati baca mesej cikgu di grup WhatsApp"Jangan sibuk judge parenting style orang lain," ujar wanita itu sambil menambah anak-anaknya merupakan pelajar di sekolah swasta.Perkongsian itu turut menerima pelbagai komen netizen lain."Kenapa pilih untuk travel dalam kalendar persekolahan, kenapa tak travel masa cuti sekolah?"Kamu mengajar anak ponteng. Pergi sekolah bukan tentang akademik semata-mata, ia tentang disiplin," tulis netizen lagi.