BAGI kebanyakan wanita Muslim, membawa kain sembahyang bersaiz kecil atau telekung travel ketika keluar rumah sudah menjadi kebiasaan, lebih-lebih lagi apabila berada lama di luar atau membuat perjalanan jauh.Langkah ini diambil bagi memudahkan urusan menunaikan solat tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada kemudahan di surau awam. Dalam satu hantaran di laman sosial, seorang wanita berkongsi pengalaman kurang menyenangkan ketika singgah di surau sebuah pusat beli-belah untuk menunaikan solat Zohor.ARTIKEL BERKAITAN: Sekumpulan gadis terdiam lepas ditegur buat bising dalam surau... Borak sampai ganggu jemaah solat tak khusyukARTIKEL BERKAITAN: Surau sempit, ramai tunggu nak solat... Pelik ada mak ayah sibuk ajar anak kecil sembahyang, cara ambil wudukMenurut wanita berkenaan, ketika itu waktu Zohor berbaki kira-kira 10 hingga 15 minit sebelum tamat. Dia yang kebetulan terlupa untuk membawa telekung mini bersamanya pada hari tersebut, dengan penuh sopan meminta izin untuk meminjam kain sembahyang daripada seorang wanita lain yang baru sahaja selesai menunaikan solat.Kebanyakan wanita lebih selesa membawa telekung peribadi untuk kemudahan beribadah. -Gambar hiasan AI"Saya dengan santunnya request nak pinjam telekung surau daripada seorang sister yang baru habis solat," tulisnya dalam hantaran berkenaan.Namun, reaksi yang diterima agak di luar jangkaan.Seorang wanita berkongsi pengalaman kurang menyenangkan di surau sebuah pusat beli-belah.Dia terlupa membawa telekung travel dan waktu Zohor ketika itu hanya berbaki 10 hingga 15 minit.Dia meminta izin meminjam telekung surau daripada seorang wanita lain yang baru selesai solat.Individu tersebut teragak-agak dan enggan meminjamkan telekung dengan alasan mahu menunggu waktu Asar.Netizen berpendapat pentingnya adab dan common sense di tempat awam.Ringkasan ini dijana oleh AIWanita tersebut berkata, individu berkenaan kelihatan teragak-agak untuk memberikan telekung yang sedang dipakainya ketika itu."Dia toleh kiri dan kanan dan jawab... oh tapi saya nak tunggu Asar. Bincangkan," kongsinya mengimbas kembali insiden tersebut.Wanita tersebut bagaimanapun tidak bercerita lebih lanjut mengenai apa yang berlaku seterusnya, namun berpendapat, individu berkenaan sewajarnya mempunyai common sense memandangkan telekung berkenaan adalah hak milik surau.Di ruangan komen, warga maya tampil dengan reaksi yang bercampur, namun rata-ratanya turut berkongsi dengan kerenah segelintir individu yang tidak mempunyai common sense ketika berada di tempat awam.Dalam masa sama, mereka berpendapat setiap individu seharusnya saling memudahkan urusan ibadah sesama Muslim, dan bukannya mementingkan diri.