suria

Wanita minta ibu, bapa mentua tolong diam! Cucu meragam tak payah sibuk campur tangan tanya itu, ini- "Jangan tambah lagi serabut"

Sesetengah ibu tidak suka orang sekeliling cuba bantu pujuk anak sedang meragam. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita meluahkan rasa kurang senang dengan 'bantuan' ibu dan bapa mentua ketika anak kecilnya sedang meragam yang disifatkan hanya akan menambah tekanan.

Wanita itu menegaskan bahawa dia mampu mengurus anak sendirian, termasuk ketika si kecil menangis tanpa henti kerana sudah memahami perangai serta keperluannya.

"Saya boleh je jaga anak sendiri sorang-sorang masa dia meragam menangis tak berhenti. Serius saya boleh sebab saya kenal anak macam mana.

"Saya tahu apa anak nak, macam mana cara nak jaga dia tapi bila datang nenek dan datuk (mentua) dia, saya jadi serabut. Dalam keadaan budak tengah menangis, ditambah suara-suara yang serabut.

Ada wanita lebih selesa menguruskan anak tanpa gangguan orang sekeliling. -Gambar hiasan AI

"Kenapa tu... kenapa tu.... lapar agaknya. Segala macam benda pendapat. Saya bukan sombong tapi maaf cakap... saya tak nak ada orang lain masa ni. Jangan tambah lagi serabut," katanya.

Menurut wanita itu, ketika hanya tinggal dia berdua bersama anak, keadaan lebih mudah dikawal kerana suasana tenang membantu dirinya memujuk si kecil.

ARTIKEL BERKAITAN: Mentua suka pergi kenduri, desak menantu teman sampai kena ambil cuti! Anak-anak sendiri tak pula dipaksa ikut

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal mentua nak jaga ‘standard’, paksa anak buat kenduri gah! Ugut tak mahu hadir hari nikah kalau majlis ala kadar

Dalam masa sama, wanita ini mengakui dia lebih selesa menguruskan anak apabila dibantu ibu bapanya sendiri, dengan mengambil contoh ketika tempoh berpantang sebelum ini.

"Masa tengah urus anak mereka sibuk bagi pendapat yang anak saya mengamuk sebab itu dan ini. Kita ni nak tenangkan anak dalam keadaan bertenang. Bila tambah suara lain-lain jadi tak boleh kawal rasa.

"Padahal selalu je anak tu meragam masa kita berdua dengan dia. Elok je anak diam lepas dipujuk tu sebab kita tahu je nak kena buat apa.

"Kalau mak ayah saya yang tanya pun saya okay je sebab dari dalam masa berpantang lagi, mak ayah saya yang jaga saya dengan anak jadi mereka pun banyak faham dan membantu. Tapi orang lain tidak," jelasnya.

Luahan tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial, dengan rata-rata netizen berkongsi pengalaman serupa.

  • Seorang ibu rasa tertekan apabila anaknya meragam ibu dan bapa mentuanya terlalu banyak campur tangan.
  • Dia menegaskan mampu mengurus anak sendiri kerana sudah memahami perangai serta keperluan si kecil.
  • Kehadiran nenek dan datuk yang kerap memberi pendapat membuatkan dirinya sebagai ibu semakin serabut.
  • Wanita itu lebih tenang mengurus anak apabila hanya tinggal mereka berdua tanpa campur tangan orang lain.
  • Netizen bersetuju, namun ada yang mengakui lebih selesa jika yang membantu ialah ibu bapa sendiri.

"Paling tak boleh terima, mulut tu asyik tanya kenapa. Alah, diam la... penat nak jawab. Bagi kita selesaikan dulu dengan anak boleh tak.

"Ya Allah, ingat saya sorang je rasa benda ni. Paling menjengkelkan bila kita baru je bagi susu lepas tu datang mereka cakap dia nak susu tu. Takkan dia nak bagi satu liter.

"Bagi saya, selagi yang tanya tu mak ayah saya sendiri, saya okay. Sebab mereka bukan sekadar tanya, mereka dah tolong saya tapi kalau orang lain tanya saya akan serabut," komen beberapa netizen.

Artikel Lain