DALAM kesibukan mengimbangi peranan sebagai isteri, menantu dan dalam masa sama turut bekerja, kefahaman orang sekeliling khususnya pasangan serta ahli keluarga amat penting
Bayangkan, dengan tuntutan kerja yang adakalanya tidak menentu, masa untuk merehatkan minda dan tubuh menjadi amat terhad.
Justeru apabila waktu cuti, itulah saat yang ditunggu-tunggu untuk berehat sambil 'mengecas' kembali tenaga.
Kesibukan tugas atau tanggungjawab adakalanya menjadi kekangan untuk seseorang menghadiri acara keramaian keluarga. -Gambar hiasan
Namun malangnya tidak semua orang memahami situasi berkenaan sebagaimana dilema dihadapi wanita ini mengenai sikap suami dan keluarga mentuanya.
"Jemputan kenduri belah mentua, menantu dipaksa-paksa pergi. Anak sendiri iaitu adik-beradik belah suami tak pula disuruh wajib pergi. Siap boleh pergi berjalan sana-sini.
ARTIKEL BERKAITAN: Mentua jenis suka buat ‘rombongan’ bercuti, menantu dipaksa kumpul duit awal-awal… Dilarang bantah, wajib ikut sekali!
ARTIKEL BERKAITAN: Bakal mentua nak jaga ‘standard’, paksa anak buat kenduri gah! Ugut tak mahu hadir hari nikah kalau majlis ala kadar
"Adakah salah jika tak dapat pergi satu atau dua kenduri dalam berpuluh-puluh kenduri saudara mentua atas sebab sakit atau kerja. Cuti kami suami isteri tak sama.
"Isteri cuti Jumaat Sabtu, suami cuti Ahad. Kadang banyak kali kena ambil annual leave bila kenduri hari Ahad," tulisnya dalam satu hantaran di laman sosial.
Menurut wanita tersebut, ibu bapanya sendiri tidak pernah memaksa jika suaminya mempunyai urusan dan tidak dapat menghadiri keramaian di sebelah keluarganya, namun agak mengecewakan apabila perkara sedemikian menjadi isu besar bagi keluarga mentuanya.
Bab-bab kenduri ke apa kita je kena pergi. Yang lain ada je alasan.
NETIZEN
Lebih menambah rasa terkilan, ujar wanita itu, suaminya tidak mengambil peranan menjadi orang tengah dan menerangkan situasi tersebut kepada ibu mentuanya.
"Nak dekat 10 tahun kahwin dah, tak kan tak faham kondisi isteri. Lama dah isteri ni bertolak ansur.
"Tapi makin 'melebih' pula bila suami cakap saudara kata 'eh seorang je (datang kenduri)'.
"Bagaimana nak confront ayat lebih sabar dengan husband dan mentua ni erti tolak ansur?" luahnya lagi.
Pandangan yang diutarakan netizen.
Di ruangan komen, rata-ratanya tampil berkongsi kisah serupa dan memberikan kata semangat buat wanita berkenaan agar sentiasa diberikan kesabaran.
"Tak wajib ikutkan. Buat tak tahu je.
"Kalau sabar lagi besarlah pahalanya tapi cuba luahkan pada suami. Cari masa yang sesuai.
"Saya faham perasaan ini. Bab-bab kenduri ke apa kita je kena pergi. Yang lain ada je alasan. Tapi bila raya, seluruh pelusuk sampai ke malam pun sanggup datang collect duit raya," komen netizen.