DISEBABKAN terlalu beremosi dengan kisah-kisah penyondol, seorang wanita secara tidak sengaja menyakiti hati pekerja senior yang juga memegang status isteri kedua.
Wanita itu mengakui secara spontan bersuara dengan nada tinggi ketika menonton video TikTok berkaitan isu curang dalam rumah tangga ketika berada pejabat.
"Aku tengah tengok TikTok berkaitan penyondol, kemudian aku terjeritlah dalam pejabat 'wehh best ke jadi bini nombor dua? Rampas suami orang?'
Bukan semua wanita ingin hidup bermadu. -Gambar hiasan
"Tanpa aku sangka dalam pejabat ada isteri nombor dua iaitu seorang senior. Kira senior lelaki kahwin dengan senior perempuan jadi dia jadi isteri kedua.
"Dia dengan beberapa orang lain tengah berborak, dengar aku jerit terus terdiam dan muka berubah," kongsi wanita itu.
Jelas wanita itu dia tidak berhasrat untuk mengecam rakan sekerjanya itu kerana memilih hidup bermadu.
ARTIKEL BERKAITAN: Baru 7 bulan nikah, wanita giat cari madu demi tunai hasrat suami berpoligami... Percaya mampu adil, beri cukup nafkah
ARTIKEL BERKAITAN: Cinta suami, bini kedua sangat utuh... Isteri pertama mengalah, dah cuba hidup bermadu tapi gagal
"Aku sendiri tak tahu dia isteri kedua ke ketiga ke apa-apa ke . Dapat info pun dari kawan pejabat yang lain buka cerita.
"Kalau aku tahu memang aku tak jerit macam tu," katanya.
Dia kemudian menghubungi wanita berkenaan melalui WhatsApp dan memohon maaf jika kata-katanya itu menyakitkan hati wanita tersebut.
Saya pesan bukan sebab dengki, takut satu hari nanti awak jadi isteri kedua.
NETIZEN
Berdasarkan tangkap layar yang dikongsi, pekerja senior itu mengakui dirinya terkejut ketika wanita itu menjerit tetapi memaafkannya.
"Lain orang lain dugaan hidup. Kita pun tak tahu apa yang akan berlaku akan datang kan," kata pekerja senior tersebut.
Perkongsian itu bagaimanapun mendapat kecaman netizen yang geram dengan tindakan wanita tersebut yang tidak menjaga tutur percakapan.
Reaksi netizen
"Hati-hati bercakap dik. Ada orang memang takdir jodoh macam tu. Saya pesan bukan sebab dengki atau saya isteri kedua.
"Sebab takut, takut satu hari nanti awak jadi isteri kedua. Kalau tak suka cakap dalam hati. Jangan sampai menyakiti orang lain.
"Tak perlu masuk campur hal org. Allah nak uji kejap ja, serius cakap sebab berlaku kat jiran dulu siap dia cakap kalau laki dia kahwin dua,dia nak sepak kepala laki dia.
"Sekali rupanya memang laki dia dah kahwin dua. Aku ingat dia sepak la kepala laki dia, skali menangis teresak-esak," katanya.