KEPUTUSAN permohonan UPU (Unit Pusat Universiti) telah diumumkan dan ramai yang teruja apabila ditawarkan melanjutkan pengajian ke institusi pengajian awam (IPTA).
Namun, seorang ibu berada dalam dilema selepas anaknya menolak tawaran program Asasi Sains Sosial di Universiti Malaya (UM) demi mengejar impian menjadi akauntan bertauliah.
Menurut wanita tersebut, anaknya lebih berminat untuk menyambung pengajian dalam bidang perakaunan profesional di TYMBA Education Group, sebuah pusat latihan perakaunan yang sijilnya diperakui Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA).
Ramai pelajar zaman kini mahu memilih hala tuju dan masa hadapan sendiri. -Gambar hiasan
"Sebagai ibu, rasa sayang sangat-sangat bila anak nak lepaskan kemasukan ke UM. Bukan senang nak dapat tawaran ke sana.
"Saya nak anak saya buat keputusan terbaik. Tolong bagi cadangan sebab saya tak nak dia silap buat keputusan," luahnya.
Dalam hantaran tersebut, dia yang buntu memikirkan perkara ini amat memerlukan pandangan warganet.
ARTIKEL BERKAITAN: Dapat 5C dalam SPM, permohonan UPU gagal... Gadis sedih mak ayah anggap diri bodoh, patut bangga sebab ‘result’ percubaan lebih teruk
ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar raih 6A 2B dalam SPM dedah punca ditolak masuk kelas paling belakang - “Mereka makan nasi, saya pun sama”
Berdasarkan apa yang diceritakan, ada yang bersetuju dengan keputusan anaknya, kerana menganggap dia sudah jelas dengan hala tuju yang ingin dicapai serta masa depan diri sendiri.
"Anak puan yang nak belajar, bukan kita. Jangan nanti dia salahkan puan sebab paksa masuk UM. ACCA tu bagus dan memang profesional untuk anak puan.
Sebagai ibu bapa, kita kena sokong cita-cita mereka.
NETIZEN
"UM memang universiti bagus. Tapi jangan pandang gah nama universiti tanpa tengok kursus dipilih. Anak dah nampak hala tuju dia.
"Pada akhirnya, dia yang nak menghadap semuanya. Sebagai ibu bapa, kita kena sokong cita-cita mereka. Harap ini membantu," ujar beberapa netizen.
Seorang individu pula tampil berkongsi pengalaman sama seperti wanita ini, melibatkan anak lelakinya yang pada mulanya turut keliru membuat keputusan.
"Salah satu alasan yang kami bagi kepada anak lelaki adalah, kalau dia teruskan dengan degree dulu, lepas tu dia masih boleh sambung dengan ACCA (at least dah ada degree).
"Kalau terus dengan ACCA, kalau 'sangkut' nanti dia kena bermula dengan 'zero'.
"Anak dengar nasihat kami sambung buat Asasi Sains Sosial UM dan Alhamdulillah dapat scholarship TNB," katanya.
Komen netizen di media sosial.
Namun ada yang berkongsi pengalaman serta risiko yang perlu diambil kira sebelum memilih ACCA.
Dalam masa sama, tidak kurang juga yang menggambarkan realiti di sebalik program ini.
"Alamak saya ingat Asasi Perakaunan tapi Asasi Sosial. Jadi saya 'bias' pada ACCA lagi. Tapi keburukannya ramai tak beritahu ACCA ramai 'sangkut' tak lepas," kata seorang netizen.
Seorang lagi individu memberi pandangan sebagai bekas penuntut TYMBA.
"Kenapa pilih TYMBA untuk ACCA? Lebih baik masuk UiTM sebab TYMBA adalah sebuah pusat pengajian kecil.
"Saya tahu sebab pernah je ambil part time ACCA dengan TYMBA. TYMBA fokus untuk budak-budak part time sebenarnya, kalau nak study full time saya cadangkan UiTM lebih murah," katanya.