suria

Seminggu petik cili ‘free’ di laman jiran, tiba-tiba pasu dialih ke ruang lebih strategik... Lagi mudah nak ambil

Berkongsi dengan orang sekeliling akan membuatkan rezeki bertambah murah. -Gambar hiasan

DALAM kehidupan bermasyarakat, salah satu nikmat yang sering kali tidak disedari adalah memiliki jiran yang baik. 

Jiran merupakan orang yang paling hampir dengan kita selepas ahli keluarga, malah dalam sesetengah keadaan, jiranlah yang paling cepat datang membantu ketika diperlukan.

Dalam satu hantaran di laman sosial, seorang wanita berkongsi mengenai jirannya yang bermurah hati berkongsi hasil tanaman dari kebun kecil di belakang rumahnya.

Dikurniakan jiran yang baik juga satu rezeki. -Gambar hiasan

"Jiran belakang rumah aku ni sejenis yang suka berkebun juga. Tanaman dia sangat banyak berbanding kitaorang. Ada limau nipis, cili kampung. 

"Dia selalu pesan, dia ada ke tak ada ke, masuk je ambil apa-apa. Rumah kitaorang ni ada pagar kecil kalau nak masuk ke rumah dia. 

"Satu minggu tu kerap juga kitaorang ambil cili kampung dia, dia tanam dalam pasu je cili tu. Lepas tu satu hari tu, suami aku nak ambil cili, terkejut dia jiran aku tu dah alih pasu cili," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rasa diri bodoh! Tahan mata tolong jiran masak sampai 4 pagi, tuan rumah sedap tuai pujian - “Aku dah macam bibik”

ARTIKEL BERKAITAN: Jiran naik lemak, tiap kali hujan minta tumpangkan anak ke sekolah... Suami sendiri goyang kaki di rumah

Apa yang membuatkan dia terharu, lokasi pasu tersebut dialihkan berhampiran pagar kecil yang menghubungkan halaman belakang rumah mereka.

"Maksudnya suami aku dah tak payah nak masuk (pagar), hanya sua tangan dan petik je. Walaupun macam kecil, tapi act of service yang best," ujarnya lagi.

Sebagai membalas kembali kebaikan tersebut, wanita itu berkata, suaminya tidak pernah lupa menyiram serta menabur baja pada tanaman jiran mereka.

Jaga baik-baik, sekarang bukan senang dapat jiran yang berhati baik.

NETIZEN

"Jiran belakang aku ni bukanlah orang senang sangat. Anak ramai, tapi kau bagilah apa pun, laju je dia akan balas dengan hasil-hasil kebun dia.

"Aku dapat asam jawa homemade, air tebu dia tanam, mangga muda… kitaorang memang suka sangat-sangat. Kitaorang jadikan dia role model untuk jadi pemurah macam dia juga," tulisnya lagi.

Antara komen warga maya.

Di ruangan komen, warga maya menyifatkan wanita berkenaan sememangnya bertuah kerana dikurniakan jiran baik, malah mereka turut memuji sikap jiran tersebut kerana masih wujud insan yang sanggup berkongsi rezeki tanpa mengharapkan sebarang balasan. 

"Orang berbudi, kita berbahasa. Jaga baik-baik, sekarang bukan senang dapat jiran yang berhati baik.

"Jiran dari syurga ni sis! Alhamdulillah.

"Jiran muafakat membawa berkat," komen netizen. 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain