suria

Gedebuk! Wanita gempal jatuh, kerusi diduduki patah... Tak sengaja tengking suami, malu ramai orang pandang

Insiden memalukan seperti jatuh kerusi biasa berlaku ketika berkunjung di kedai makan. -Gambar hiasan

SATU insiden tidak diduga berlaku ketika hujan lebat di sebuah kedai makan yang akhirnya membuatkan staf dan pelanggan berada dalam keadaan serba salah.

Kisah ini diceritakan oleh seorang wanita yang sedang makan di lokasi kejadian, di mana kerusi plastik yang diduduki seorang pelanggan wanita berdekatan dengan meja makannya patah dan dia terjatuh.

Kejadian itu menyebabkan semua yang berada di kedai tersebut tertumpu ke arahnya.

"Dia dah lama duduk makan. Hujan pula tengah lebat siap kilat. Saya ingatkan bunyi kilat, kuat gila bunyi. 

Situasi memalukan itu dikatakan ketika makan di sebuah premis makanan. -Gambar hiasan

"Hampir sama macam bunyi kilat diikuti dengan bunyi 'gedebuk'.

"Bila toleh belakang, rupa-rupanya kerusi patah,” kongsi individu tersebut yang tidak mendedahkan lokasi kedai makan itu.

Insiden itu menyebabkan wanita yang berbadan gempal itu berasa malu kerana ia berlaku di tempat awam dengan banyak mata memandang.

Suasana bertambah tegang apabila dia, dipercayai secara tidak sengaja, menengking suami yang cuba membantunya untuk bangun.

ARTIKEL BERKAITAN: Rider selamba batal order pelanggan RM129, tauke bengang kedai makan dikata tutup! - “Jangan borak bab tutup periuk nasi”

ARTIKEL BERKAITAN: Perut lapar, hati sakit! Pelanggan bengang kedai makan tak sedia menu bergambar... Makin geram pelayan pun tak membantu

"Kerusi plastik dan badan akak tu agak besar. Saya toleh sekali, lepas tu saya pandang depan balik dan cakap dekat adik jangan pandang. 

"Tapi orang lain semua terus tenung dia. Suami dia nak tolong dia bangun tapi semua tengah pandang, pekerja kedai pun semua datang kerumun. 

"Akhirnya dia marah suami dia sabarlah! Saya tahu dia bukan sengaja tinggi suara, tapi dia malu. Kasihan akak tu," ceritanya lagi.

Selepas kejadian memalukan itu, wanita tersebut dan keluarganya terus meninggalkan kedai tanpa dapat dipastikan sama ada mereka sudah selesai makan atau belum.

Rasa hilang mood nak makan lepas tu.

NETIZEN

Menutup perkongsiannya, individu itu menitipkan pesanan agar orang ramai tidak cepat menghukum atau membuat andaian terhadap apa yang mereka saksikan.

"Kalau dalam situasi macam ni, janganlah tenung orang tu. Mesti dia malu gila bila semua orang fokus dekat dia. 

"Saya bukan nak body shaming, tapi jauh sudut hati dia mesti rasa orang kutuk fizikal dia juga. Padahal logiknya, kerusi plastik kalau lama-lama memang boleh reput," ujarnya.

Antara komen netizen pada hantaran asal.

Rata-rata warga maya turut menceritakan pengalaman mereka selepas kisah ini dikongsikan di media sosial.

"Sepupu saya pernah kena macam ni sebab kerusi kedai tu cepat melendut. Meja sebelah gelak. Memang sepupu saya seorang, lagi marah la.

"Saya pernah jatuh kerusi patah. Masa tu nasib baik bukan tengah pegang anak. Malu weh. Ada la satu kumpulan budak lelaki ni pandang.

"Tapi mereka pandang sekejap je sebab terkejut. Rasa hilang mood nak makan lepas tu," kongsi beberapa netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain