MAHAL atau murah harganya, kanak-kanak pasti akan berasa gembira dan teruja apabila menerima hadiah.
Apatah lagi hadiah itu diberikan oleh guru sebagai penghargaan atas sebab-sebab tertentu.
Begitulah juga perasaan kanak-kanak ini yang gembira setelah menerima hadiah kerana tampil di hadapan kelas untuk menjawab soalan diajukan guru.
Namun begitu, kegembiraannya bagai 'diragut' selepas hadiah berkenaan perlu diserahkan kepada sepupunya.
Murid sekolah pasti gembira apabila menerima hadiah daripada guru. -Gambar hiasan
Sayu menyaksikan kejadian itu, ibunya cuba memujuk supaya dia mengalah dengan menyerahkan hadiah berkenaan.
"Hari ini aku pinjam kereta adik aku, nak bawa suami ke hospital sebab ada temu janji.
"Anak buah pula, aku tinggalkan sekejap di rumah mak dan aku terus ambil anak aku dari sekolah.
"Balik-balik je, dia tunjuk hadiah robot daripada cikgu sambil bercerita dengan seronok.
ARTIKEL BERKAITAN: Anak tahun 1 hilang, tak muncul di pagar lepas waktu sekolah... Kelam-kabut cari dalam kelas tapi tak jumpa!
ARTIKEL BERKAITAN: Bukan main happy bawa bekal, siap pakai seragam sekolah tapi kenapa Aniq Firas menangis? Ibu dedah si bongsu pernah acu pisau sebab ‘no mainan’
"Kemudian aku singgah rumah mak untuk ambil anak buah, anak aku pun bercerita dekat tok dia pasal dapat hadiah," ujarnya menerusi satu hantaran di media sosial.
Melihatkan hadiah robot berkenaan, sepupu kepada anaknya itu terus menjerit-jerit kerana mahukan permainan tersebut.
Bukan itu sahaja, kanak-kanak itu juga enggan menaiki kereta untuk dihantar pulang ke rumah selagi permintaannya tidak dituruti.
"Mak terus suruh anak aku bagi hadiah tu tapi anak aku menolak sambil menangis... dia cakap tu abang punya, cikgu bagi sebab abang tulis kat depan.
Budak mengada-ngada macam tu memang saya akan cakap tegas supaya hormat barang orang.
WARGA MAYA
"Aku tenangkan anak aku tapi dia jawab yang semua barang dia (sebelum ini) kena bagi pada adik sampai dia tak ada mainan.
"Mak aku pula tiba-tiba 'bodohkan' cikgu sebab bagi mainan pada anak murid," ujarnya lagi.
Bercerita lanjut, katanya, ibunya juga ada memberikan wang kepada cucunya itu supaya membeli permainan lain.
Namun kanak-kanak itu enggan menerima dan tetap mahukan hadiah robot milik anaknya.
Netizen tidak bersetuju dengan cara yang dilakukan wanita ini.
Bagi mengelakkan situasi tegang berlarutan, wanita ini terus memujuk anaknya supaya mengalah dan menyerahkan hadiah yang diterima.
"Anak aku pun mengalah sambil menangis. Sedih aku rasa.
"Kemudian mak aku boleh cakap aku ajar anak beli mainan sampai duit habis," tambahnya yang terkejut dengan tuduhan dilemparkan ibunya.
Luahannya itu ternyata meruntun hati warga maya.
Ramai yang tidak bersetuju apabila anaknya diarah untuk mengalah dan menyerahkan barang sendiri kepada orang lain tanpa sebab.
"Cakap senang tapi hanya yang mengalami saja tahu kan? Saya doakan puan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah supaya puan dapat berikan zaman kanak-kanak yang terbaik untuk anak puan.
"Sorry, bab anak no compromise. Budak mengada-ngada macam tu memang saya akan cakap tegas supaya hormat barang orang.
"Kalau saya memang tak bagi sebab anak saya punya, kesian dia baru dapat hadiah," demikian antara reaksi waga maya.