PELAKON Zahirah Macwilson kekal tenang berdepan komen seorang netizen yang meluahkan rasa kurang senang terhadap kemunculannya dalam sebuah drama terbaharu.Ini selepas netizen itu menyatakan hasrat untuk berhenti menonton drama berjudul A Good Boy Go To Heaven meskipun dirinya meminati lakonan aktor hebat, Beto Kusyairy. “Aku tengah layan cerita A Good Boy Go To Heaven yang Beto berlakon. Baru ada dua episod.Respons balas Zahirah di Threads. "Tapi selepas nampak ada Zahirah Macwilson, aku dah macam hmmm. Okay, maaf tidak minat nak tengok dah. Maaf Beto," tulis individu itu di aplikasi Threads.Enggan membiarkan situasi menjadi tegang, Zahirah atau Nur Zahirah Macwilson Zainol, 31, tampil memberikan maklum balas dengan nada bergurau.“Ala tapi ia adalah cerita yang bagus! Semasa saya keluar, tutup mata lah sekejap," balasnya ringkas.ARTIKEL BERKAITAN: Zahirah Macwilson gembira tengok ibu sudah berhijab, doa ibadah haji dipermudahkanARTIKEL BERKAITAN: Tak adil label artis sombong, Zahirah Macwilson mesra layan peminatRata-rata netizen terhibur dengan perkara tersebut malah tampil mempertahankan lakonan yang ditunjukkan Zahirah dalam drama berkenaan sangat memberikan kesan. "Biarkan dia kak, saya sentiasa setia munggu untuk episod seterusnya. "Tak payah layan. Dia seorang sahaja tidak mahu tengok, ramai lagi nak tengok. "Saya teruja nak tengok sebab ada awak! Sentiasa minat Zahirah yang cantik ini," kata mereka. Zahirah harap karya tersebut mendapat sambutan ramai. Untuk info, drama tersebut mengisahkan perjuangan seorang bapa bernama Yasser (lakonan Beto) yang mencari keadilan selepas dituduh membunuh anaknya sendiri, Ahyan.Selain Beto, drama tersebut turut membariskan pelakon ternama lain termasuk Zahirah MacWilson, Amerul Affendi dan Malek Mccrone.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!