suria

Syura ‘throwback’ menyanyi sejak sekolah, cikgu kecam kerjaya haram... Kelakar setiap kali majlis diminta buat persembahan

Syura mula menyanyi sejak di bangku sekolah lagi.

MULA aktif sebagai penyanyi sejak di bangku sekolah lagi, Syura mendedahkan dia pernah menerima kata-kata kurang baik apabila ada guru yang menyifatkan kerjayanya itu sebagai haram.

Menurut Syura atau Zuraidah Badron, 40, perkara itu memberi kesan mendalam buat dirinya, lebih-lebih lagi apabila bapanya turut dikaitkan terpalit dosa.

"Pernah dikecam masa di sekolah dulu. Cikgu-cikgu persoalkan kenapa saya jadi penyanyi sebab pekerjaan itu adalah haram. 

Syura berkongsi pengalaman dipandang serong sebagai penyanyi. 

"Satu ayat yang saya takkan pernah lupa... awak tahu tak, awak jadi penyanyi ini boleh meluaskan lagi neraka untuk ayah awak!" katanya. 

Syura berkongsi perkara itu sebagai respons terhadap kenyataan Ani Maiyuni dalam sebuah podcast yang dimuat naik semula di Threads.

Meskipun berasa sedih dengan kata-kata berkenaan, namun Syura mengakui berasa lucu apabila guru-guru berkenaan tanpa segan silu memintanya membuat persembahan nyanyian setiap kali sekolah mengadakan acara tertentu.  

ARTIKEL BERKAITAN: Belum lupa insiden tong gas meletup, Syura alami ketakutan ketika memasak

ARTIKEL BERKAITAN: Beruntungnya Syura ada suami tak lupa tanggungjawab, tengah sakit pun masih fikir nak cari rezeki

"Down gila masa tu tapi yang kelakarnya, bila ada majlis di sekolah, cikgu-cikgu minta saya buat persembahan nyanyian. Macam mana tu ya?" ujarnya. 

Sebelum ini, rakan selebriti iaitu Ani meluahkan rasa terkilan apabila anak-anak memberitahu ada guru yang mempersoalkan sumber rezekinya sebagai penyanyi.

Menerusi temu bual dalam program audio siar Kita-Kita Aje, Ani berkata dia tergamam apabila anaknya memberitahu ada pihak mendakwa kerjayanya sebagai penyanyi membawa sumber rezeki yang tidak halal.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain