KUMPULAN Sekumpulan Orang Gila (SOG) menegaskan mereka tidak pernah mengambil pusing terhadap komen negatif netizen yang sering mempertikaikan penampilan mereka, termasuk pemakaian aksesori seperti anting-anting atau subang.Menurut vokalisnya, Raja Nazrin Shah, 37, penilaian terhadap seseorang tidak seharusnya hanya dilihat pada luaran, sebaliknya menyerahkan segalanya kepada Tuhan. “Biarlah orang nak ‘judge’ kita apa yang kita pakai ni. Itu manusia. Yang menilai isi hati adalah Tuhan. Jadi bagi kami, itu tak jadi masalah.SOG yang dianggotai Nazim, Nazrin dan Buck Hakimi.“Cara kami menyampaikan sesuatu itu, adakah niat nak buat duit atau memang betul-betul nak sampaikan mesej kepada orang,” katanya kepada mStar.Nazrin berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu Ajar Aku nyanyian Aizat Amdan bersama SOG yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Rabu.Katanya lagi, isu perbalahan mengenai penampilan mereka tidak perlu diperbesarkan kerana setiap orang berhak untuk menilai.ARTIKEL BERKAITAN: Tuah karya empat tahun lalu, SOG tak sangka ‘Pelukan Angkasa’ juara AJL36... Shila Amzah hilang rasa gementarARTIKEL BERKAITAN: 10 tahun dengan SOG… Riko Agus umum tidak lagi bersama Sekumpulan Orang Gila“Kami tak kisah. Dosa pahala bukan ketentuan kita untuk menilai. Fasal penampilan, buat lagu insaf tapi pakai subang… itu di mata manusia. Tapi kenapa tidak kita ambil perkara baik daripada orang yang dipandang kurang baik?” luahnya.Sementara itu, pemain dram SOG, Nazim atau Raja Nazmin Shah berkata, penampilan mereka kini lebih mendapat perhatian selepas memasuki pasaran arus perdana.Namun begitu, dia berharap orang ramai lebih melihat kepada mesej yang ingin disampaikan melalui karya mereka, bukan sekadar imej luar.SOG dan Aizat berkerjasama untuk hasilkan Ajar Aku.“Ini peluang untuk kami mendidik orang sebenarnya. Jangan nilai buku dari kulitnya. Kadang-kadang orang yang selalu sebut ‘don’t judge a book by its cover’ pun menilai dari luaran.“Jadi kami maafkan sahaja kerana kami juga menjadi punca mereka berkata begitu," luahnya.Mengulas mengenai perbezaan nada dalam lagu Ajar Aku yang berkolaborasi bersama Aizat Amdan, SOG menegaskan ia bukan perubahan identiti, sebaliknya sebahagian daripada dinamika kreativiti mereka."Dua minggu sebelum Ajar Aku keluar, kami ada keluarkan lagu yang sangat keras, tapi lagu yang ada unsur insaf atau ketuhanan memang sebenarnya sudah ada dalam perjalanan muzik SOG dari awal," luahnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!