suria

“Sampai hati buat anak aku” - Ani Maiyuni gesa pembuli Viviana tampil mohon maaf

Ani dan Viviana tidak pernah terima pemohonan maaf.

PENYANYI Ani Maiyuni berharap individu yang pernah membuli anaknya iaitu Viviana, tampil memohon maaf meskipun insiden itu sudah lama berlalu.

Kata Ani atau nama sebenarnya Aishah An-Nur Osman, 47, kejadian tersebut meninggalkan trauma mendalam buat mereka sehingga hari ini.

Lebih menyedihkan apabila ahli keluarga remaja berkenaan juga berdiam diri walaupun pembuli didakwa pernah mengakui kesalahan tersebut di hadapan polis.

Ani dan Viviana masih trauma dengan kejadian buli.

“Saya sebagai ibu minta anak-anak yang membuli itu jujurlah, datang minta maaf. Cakaplah... minta maaf, saya tahu saya salah, saya dah sentuh fizikal, saya dah buat macam ini! Datang minta maaf dekat saya.

“Bohong kalau saya kata saya dah tak rasa apa-apa. Mungkin saya boleh doakan kerjaya mereka, tapi hati saya masih terguris. Sampai hati kau buat anak aku sampai macam itu,” katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, Ani mengakui hatinya bertambah pedih setiap kali melihat individu yang didakwa membuli Viviana terus berjaya membina karier sebagai atlet dalam sukan bola jaring tanpa rasa bersalah.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Ani Maiyuni dakwa jadi mangsa buli, rambut ditarik sampai tak boleh bernafas... Bertahun-tahun Viviana simpan kisah hitam

ARTIKEL BERKAITAN: Teruk Viviana kena kecam, Ani Maiyuni tampil pertahan anak… “Kita hanya manusia biasa”

“Saya tengok setiap musim perlawanan itu, saya nampak wajah mereka. Mereka bebas bermain, berkat ke macam itu?

“Sampai saya cakap kalau Viviana tak kena buli, mungkin dia pun bermain di situ, mungkin itulah tempat dia.

“Tapi tak apalah, Allah sudah merencanakan yang lain untuk Viviana. Mungkin ada jalan lain yang lebih baik untuk dia,” ujarnya.

Kalau Viviana ada buat kesalahan, itu ke cara menghukum?

ANI MAIYUNI

PENYANYI

Dalam masa sama, Ani memberitahu dia tidak berniat menuding jari kepada keseluruhan pihak, sebaliknya hanya merujuk kepada individu tertentu yang didakwa terlibat dalam insiden buli berkenaan.

“Kami bukan pukul rata, tapi dalam podcast tersebut Viviana cakap pembuli-pembuli itu bermain dalam netball.

“Takkan nak sebut nama seorang-seorang. Benda ini dia cerita pengalaman, bukan sebab nak buka balik kisah lama,” kongsinya.

Sementara itu, Ani berkata dia tidak gentar sekiranya pihak terlibat mahu membuka semula kes tersebut kerana sudah membuat laporan polis dan memiliki laporan perubatan sebagai bukti kejadian.

Viviana kongsi kejadian dibuli senior di sekolah.

“Kalau dia nak lawan, nak buka balik kes, silakan. Tapi lapan orang lawan satu, itu apa namanya? Bukan buli?

“Kalau Viviana ada buat kesalahan, itu ke cara kau menghukum? Sampai hampir hilang nyawa anak aku? Harapnya pembuli-pembuli itu sedarlah,” luahnya.

Sebelum ini,  menerusi klip podcast Kita Kita Aje, Viviana menceritakan situasi yang dialami apabila dia menjadi mangsa kekerasan beberapa pelajar senior di sekolah.

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai netizen di media sosial.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain