Jaga hati dan lisan ketika berada di tanah suci bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. -Gambar hiasan AI
KETIKA berada di Tanah Suci, setiap tutur kata perlu dijaga kerana apa yang terlintas di fikiran atau disebut, dikhuatiri boleh menjadi kenyataan.Begitulah juga pengalaman dikongsikan seorang wanita apabila ibunya yang sedang menunaikan ibadah haji berdepan satu situasi tidak dijangka sehingga mencetuskan rasa cemas dalam kalangan ahli keluarga. Menurut wanita berkenaan, ibunya merupakan seorang yang sangat konsisten menghantar pesanan WhatsApp setiap hari sepanjang berada di Makkah.Namun keadaan berubah apabila mereka sekeluarga tiba-tiba tidak lagi menerima sebarang khabar daripadanya.Situasi itu membuatkan wanita tersebut mula berasa tidak sedap hati dan bimbang sesuatu yang buruk berlaku kepada ibunya di Tanah Suci.Foto menunjukkan imbasan X-ray keadaan tangan ibunya yang mengalami kecederaan selepas insiden tersebut."Pada 9 Mei, saya tunggu ucapan hari jadi daripada ibu tapi dia tak mesej langsung dari pagi. Saya risau dah. Akhirnya pukul 7 malam dia hantar mesej ucapan, tapi kemudian hilang lagi."Saya sudah risau sebab selalunya ibu tak macam tu. Setiap pagi, tengah hari dan malam mesti dia hantar mesej dekat saya. Saya sudah tak senang duduk fikir macam-macam."Tunggu punya tunggu hingga esoknya (10 Mei)… waktu tengah hari akhirnya ibu balas mesej, dia hantar gambar. Rupanya tangan dia patah. Ya Allah, menggeletar tangan aku," ceritanya di Threads.Menurut ibunya, insiden berlaku selepas dia tergelincir ketika cuba membantu seseorang individu menaiki tangga.ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki! Pemuda ini pernah berdoa nak belajar di Madinah, selepas 4 tahun terkejut dimakbulkan walau result tak berapa bagusARTIKEL BERKAITAN: Tak sangka jemaah boleh alami ‘post umrah depression’, hanya mereka pernah sampai Tanah Suci boleh fahamDalam hantaran tersebut, wanita itu turut berkongsi foto imbasan X-ray menunjukkan kecederaan pada bahu kanan ibunya, dipercayai melibatkan patah pada bahagian atas tulang lengan berhampiran sendi bahu.Di sebalik kesakitan itu, ibunya sempat mengakui satu perkara yang mencuit hati namun cukup memberi pengajaran.Rupa-rupanya, dua hari sebelum kejadian, dia sempat lalu di hadapan Hospital King Salman, Riyadh dan terdetik keinginan di dalam hati untuk melihat hospital itu dengan lebih dekat."Orang tu O.K, dia yang K.O (knocked out). Lepas tu ibu cakap dua hari lepas, dia lalu dekat Hospital King Salman. Ibu cakap dalam hati teringin nak tengok hospital tu."Saya pun cakap, kan dah kata dekat sana jaga mulut. Banyak lagi tempat boleh pergi, hospital tu juga yang teringin nak tengok dah kenapa? Kan 'pakej' dapat naik ambulans," seloroh wanita itu mengingatkan ibunya.Seorang wanita cemas apabila ibunya yang menunaikan haji tiba-tiba tidak menghubunginya seperti biasa.Ibunya tidak menghantar mesej selepas ucapan hari lahir sehingga membuatkannya risau.Keesokan hari, ibunya memaklumkan tangannya patah selepas tergelincir ketika membantu seseorang.Ibunya turut mengakui pernah terdetik mahu melihat Hospital King Salman sebelum kejadian berlaku.Wanita itu sudah pesan kata-kata perlu dijaga kerana ibunya akhirnya benar-benar sampai ke hospital itu dengan ambulans.Ringkasan ini dijana oleh AISebelum ini, sebuah agensi pelancongan ada membuat hantaran berbentuk pesanan mengingatkan bahawa menunaikan umrah merupakan perjalanan rohani yang menuntut jemaah menjaga lisan, hati dan perbuatan.Menurut agensi itu, berada di Tanah Haram memerlukan setiap individu lebih berhati-hati dengan setiap perkataan, lintasan hati dan sangkaan kerana semua itu membawa makna besar kerana berada dalam pengetahuan Allah.Antara amalan yang boleh dilakukan ialah memperbanyakkan zikir dan istighfar, mengelakkan percakapan sia-sia atau negatif, sentiasa bersangka baik terhadap orang lain, bersabar ketika berdepan kesesakan serta sentiasa mengingatkan diri bahawa setiap perbuatan sedang dinilai oleh Allah.