suria

Masuk ‘showroom’ pakai selipar jamban, wanita ini terkejut dilayan macam VIP... Paling tersentuh doa SA semasa serah kenderaan

Pembantu jualan tidak wajar menilai pelanggan berdasarkan penampilan luaran. -Gambar hiasan AI

 

MEMBELI kereta baharu sepatutnya menjadi momen yang cukup mengujakan, namun bagi sesetengah orang, melangkah masuk ke pusat pameran (showroom) boleh menjadi pengalaman yang mendebarkan.

Mana tidaknya, penampilan luaran sering kali menjadi 'penanda aras' kepada kemampuan kewangan pelanggan di mata segelintir pihak, seperti yang pernah dilalui oleh wanita ini.

Mengimbau kenangan di Threads, wanita ini bercerita bagaimana dia pernah hadir ke pusat pameran sebuah jenama kenderaan terkenal dengan hanya memakai selipar.

Pada awalnya, dia sudah menjangkakan tidak akan mendapat layanan yang baik, namun sangkaannya itu meleset sama sekali selepas disapa oleh seorang pembantu jualan (SA).

 

Pembantu jualan perlu memberi layanan sama rata kepada setiap pelanggannya. -Gambar hiasan AI

Pembantu jualan perlu memberi layanan sama rata kepada setiap pelanggannya. -Gambar hiasan AI

Apa yang membuatkan wanita itu tersentuh, dia bukan sekadar tidak dipandang rendah kerana berpenampilan biasa, malah menerima layanan yang sangat profesional dan mesra daripada individu terbabit.

"Saya pakai selipar jamban datang showroom, ada SA layan baik sangat.

"Tanpa panjang cerita, saya dan adik terus booking kereta. Lepas seminggu, adik pun dapat kereta yang diimpikan.

"Kereta saya pula masih dalam waiting list, panjang sikit," ujarnya.

  • Wanita kongsi pengalaman datang showroom pakai selipar tetapi tetap dilayan baik.
  • Pembantu jualan beri layanan mesra tanpa memandang penampilan pelanggan.
  • Dia dan adik terus tempah kereta selepas tertarik dengan layanan diterima.
  • Tersentuh dengan doa SA ketika hari pengambilan kereta.
  • Netizen pesan jangan nilai pelanggan berdasarkan pakaian atau rupa luaran.

Kegembiraan wanita ini tidak terhenti di situ.

Ketika hari penyerahan kereta, dia sekali lagi dikejutkan dengan titipan doa yang tulus daripada pembantu jualan berkenaan.

Kata-kata itu kekal terpahat di hatinya sehingga ke hari ini.

"Semoga kereta ini bawa manfaat yang banyak buat awak dan keluarga," demikian doa yang dititipkan SA terbabit.

Pengalaman manis itu mendorongnya untuk memberi nasihat kepada seorang pelayar Threads lain yang baru sahaja memulakan kerjaya sebagai pembantu jualan di Proton.

Dia menekankan betapa pentingnya menjaga hati pelanggan tanpa mengira rupa paras atau pakaian.

ARTIKEL BERKAITAN: Rasa gembira beli kereta terpakai RM900 tak panjang, pemuda naik seram jumpa nota ‘pendinding’ bahasa Acheh dalam Proton lama

ARTIKEL BERKAITAN: Jurujual kereta senang-senang suruh buat kerja percuma, lupa diri lepas dapat pelanggan... Tanya duit poket terus ‘bluetick’

"Kalau ada pelanggan yang datang ke showroom, tolong layan dia dengan sebaiknya walaupun dia pakai selipar jamban," tambah wanita ini.

Perkongsian tersebut secara tidak langsung memberi inspirasi kepada pemuda berkenaan dan ejen jualan lain agar sentiasa menyantuni sesiapa sahaja yang melangkah masuk ke premis mereka tanpa rasa prejudis.

"Satu je nak pesan, jangan sombong kalau orang tanya macam mana nak pandu kereta ni dan tekan butang mana.

"Jangan tengok penampilan luaran sebab memang kerja kau buat sales, racun selagi boleh dan bagi layanan yang selesa tanpa paksaan.

"Kebanyakan yang pakai selipar la yang beli kereta secara tunai," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain