suria

Rasa gembira beli kereta terpakai RM900 tak panjang, pemuda naik seram jumpa nota ‘pendinding’ bahasa Acheh dalam Proton lama

Pasaran kereta terpakai di Malaysia mempunyai peminat dan permintaan tersendiri yang sangat kukuh. -Gambar hiasan AI

SESIAPA sahaja pasti berasa gembira dan teruja apabila berjaya memiliki sebuah kereta idaman meskipun ia adalah model lama.

Begitulah yang dirasai pemuda ini apabila impiannya untuk memiliki sebuah kereta ikonik jenis Proton Saga LMST, akhirnya tercapai. 

Lebih manis lagi, jentera kegilaan ramai suatu ketika dahulu itu berjaya dibeli dengan harga 'lelong' berjumlah RM900 meskipun nilai pasaran masih mencecah ribuan ringgit.

Namun, dalam kegembiraan itu terselit rasa takut susulan penemuan sehelai kertas 'pendinding' yang tersembunyi di sebalik panel meter.

Nota yang dijumpainya di dalam panel meter kereta tersebut.

Nota yang dijumpainya di dalam panel meter kereta tersebut. 

"Aku baru beli kereta terpakai, Saga LMST yang bernilai RM900. Buka je meter dia, ada kertas ni... baca-baca tapi aku tak berapa nak faham ayat dia," kongsinya di Thread.

Dia yang cuba memahami setiap rangkap yang tertulis turut beranggapan, pemilik asal kereta tersebut seolah-olah sedang tersakiti.

"Owner lama macam tersakiti je ayat dia tu," luahnya lagi sambil cuba merungkai intipati dalam ayat berkenaan.

Menjengah ke ruang gambar yang dikongsi, nota tersebut dimulakan dengan kalimah Bismillah dan mengandungi petikan ayat daripada surah Al-An'am ayat 103.

Turut tertera ialah ayat kesembilan surah Yasin yang sering diamalkan sebahagian masyarakat sebagai pendinding atau doa perlindungan.

  • Pemuda beli Proton Saga LMST pada harga RM900.
  • Teruja miliki kereta idaman walaupun model lama.
  • Jumpa kertas ‘pendinding’ tersembunyi di panel meter.
  • Nota ada ayat al-Quran dan tulisan dipercayai bahasa Acheh.
  • Netizen berbeza pandangan, ada kata doa, ada anggap tangkal.

Namun, tulisan rumi di sebelah kanan nota tersebut kelihatan seperti satu rintihan atau 'pesanan' dalam dialek tertentu dipercayai bahasa Acheh.

Berdasarkan petikan tersebut, ia seolah-olah ditujukan kepada pihak yang cuba berbuat jahat atau khianat kepada pemilik asal kereta tersebut.

Antara bait kata yang dapat dibaca termasuklah seruan kepada Allah dan Rasul, serta sebutan mengenai dengki dan khianat.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Beli kereta terpakai ‘cash’, siap dah belanja RM400 untuk baiki... Sudahnya susah hati tengok berderet rekod saman lampau

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda umur 19 tahun sanggup habis duit make-over Proton Saga usia 31 tahun, masa kecil pernah duduk dalam but nak pergi beli baju raya

Ada yang berpendapat kertas itu hanyalah doa pendinding yang diletakkan oleh pemilik lama supaya kereta tersebut tidak dicuri atau dijauhkan daripada niat jahat manusia.

Tidak kurang juga yang memintanya untuk membakar kerana beranggapan ia adalah tangkal bagi membolehkan pemilik kereta tersebut menjadi kebal.

"Tangkal kebal, biasa digunakan untuk mempertahan diri terutama melalui sekatan jalan raya polis.

"Ni mantera, dulu arwah tok pernah ajar tapi katanya untuk kegunaan yang baik-baik saja," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain