suria

Pemilik Lexus LM350 kena ‘game’ dengan Pak Arab! Tinggal tepi jalan lepas lenjan sampai ‘gearbox’ lingkup - “Dia letak kunci atas tayar”

Bisnes kereta sewa menawarkan pulangan lumayan tetapi berisiko tinggi, terutamanya melibatkan kerosakan kenderaan dan penyewa tidak jujur. -Gambar hiasan AI

PERKHIDMATAN kereta sewa dilihat bukan satu urusan mudah apabila pemilik berdepan pelbagai risiko termasuk kerosakan dan salah guna kenderaan oleh penyewa.

Seorang lelaki berkongsi pengalaman buruk apabila sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah jenis Lexus LM350 miliknya mengalami kerosakan serius pada bahagian gearbox ketika masih dalam tempoh penyewaan selama tiga bulan.

Situasi menjadi tegang apabila penyewa berkenaan yang merupakan lelaki dari Yaman bertindak meninggalkan MPV terbabit di tepi jalan.

Menandatangani perjanjian dan mengambil deposit antara langkah awal bagi mengelak kerugian dalam perkhidmatan kereta sewa. -Gambar hiasan AI

Menandatangani perjanjian dan mengambil deposit antara langkah awal bagi mengelak kerugian dalam perkhidmatan kereta sewa. -Gambar hiasan AI

"Perjanjian jelas mengatakan sekiranya ada kerosakan dalam tempoh penyewaan adalah tanggungjawab penyewa. Tapi sekarang Pak Arab ni biadab dan kurang ajar.

"Masa kereta rosak, dia tinggalkan kereta aku tepi jalan dan letak kunci atas tayar. Bergegas aku ke Kuantan tengok kereta," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Geng pemberi sewa kereta bangga borak teknologi sekat penyewa culas, niat jahat... Lupa penjenayah pun bijak juga

ARTIKEL BERKAITAN: Menantu ‘rampas’ rumah sewa, halau penyewa tanpa persetujuan bapa mentua... Rupanya rancang nak tinggal secara percuma!

Lebih mengejutkan pemilik tersebut, siasatan mendapati MPV itu sebenarnya disewakan pula kepada pihak ketiga tanpa pengetahuannya.

"Masa awal dulu dia cakap nak ambil pelanggan dia dari Timur Tengah, rupanya dia sewakan kereta aku pula dekat orang lain.

"Penyelenggaraan kereta aku yang kena tanggung, dia pula sapu bersih untung," katanya.

Akibat kejadian itu, lelaki berkenaan menanggung kerugian hampir RM10,000 termasuk kos baik pulih gearbox yang dianggarkan sekitar RM7,000.

“Masa nak sewa memang nampak baik, dia cakap pandai jaga kereta. Tapi apabila dah rosak, habis lingkup kereta aku,” katanya yang serik untuk menyewakan kenderaan kepada warga asing.

  • Pemilik kereta sewa rugi hampir RM10,000 selepas Lexus rosak.
  • Penyewa tinggalkan kereta rosak di tepi jalan.
  • Kereta didakwa disewakan pula kepada orang lain.
  • Kos baik pulih gearbox sangat tinggi.
  • Pemilik serik sewa kepada orang tidak dikenali.

Perkongsian itu menarik perhatian warga maya yang masing-masing berpandangan golongan warga asing sukar dipercayai dalam apa-apa urusan.

"Bangsa Arab ni tak boleh buat baik bang. Nak bagi sewa apa-apa pun kalau boleh tak payah.

"Saya pernah sewakan rumah kat orang Arab, dia lenjan rumah saya jadi rumah merah untuk pelacur VIP," kongsi warga maya.

Artikel Lain