suria

Bayaran OT tertunggak RM5,000 tapi majikan nak ’settle’ tepi RM1,000! Wanita ini akhirnya dipecat lepas lapor JTK

Menerusi Akta Kerja 1955 pekerja mempunyai hak terhadap gaji, waktu kerja, dan layanan yang adil di tempat kerja. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita tidak menyangka usahanya untuk menuntut hak dalam tugasan yang dilakukan, berakhir dengan detik hitam.

Ia berikutan dia dipecat daripada pekerjaannya dalam tempoh 24 jam.

Berkongsi pengalaman tersebut, ujarnya tindakan pemberhentian dikenakan susulan laporan yang dibuat kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) berhubung isu majikannya yang enggan membayar tuntutan kerja lebih masa (OT).

"Aku buat aduan sebab syarikat tak mahu bayar OT, JTK datang pejabat dan kemudian aku kena buang pada hari yang sama.

Pekerja asing perlu mempunyai permit pekerjaan yang sah. -Gambar hiasan AI

Pekerja asing perlu mempunyai permit pekerjaan yang sah. -Gambar hiasan AI

"Syarikat tahu aku yang lapor sebab aku sahaja pekerja lokal, pekerja lain mana berani sebab mereka pun tak ada permit," luahnya di Thread.

Ujarnya lagi, syarikat pada awalnya ingin membuat bayaran tuntutan yang difailkan.

Namun dia menolak kerana beranggapan jumlah tersebut tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan.

Malah katanya, syarikat hanya ingin membayar RM1,000 berbanding tuntutan yang diminta berjumlah RM5,000.

  • Wanita buat aduan JTK sebab majikan tak bayar OT.
  • Dipecat dalam tempoh 24 jam selepas laporan dibuat.
  • Dakwa hanya ditawar RM1,000 daripada tuntutan RM5,000.
  • Pekerja lain takut bersuara, isu pekerja tanpa permit.
  • Netizen kata berpotensi menang kes, boleh dapat pampasan besar.

"OT aku RM5,000 tapi syarikat nak bayar RM1,000 je. OT dua jam selepas tolak waktu rehat sedangkan waktu rehat pun sejam saja.

"Surat tawaran tulis 5.5 hari, padahal aku kerja enam hari. Kemudian mereka salahkan aku tak tanda tangan surat tawaran tu," adunya sambil memperincikan tuntutan yang diminta adalah untuk tempoh enam bulan perkhidmatan.

Malah katanya, surat tawaran berkenaan hanya diberikan selepas dia sudah bekerja selama tempoh tiga bulan.

Menurut wanita ini lagi, situasi semakin keruh apabila dia turut dipersalahkan apabila pihak Imigresen didakwa membuat operasi berkaitan pekerja tanpa permit.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu dipecat 24 jam, kini ditawar semula kerja... Wanita buntu nak terima, risau kisah hitam berulang

ARTIKEL BERKAITAN: Buat aduan lepas ‘resign’, wanita menang kes cuti bersalin tak ikut akta! Majikan rasa teraniaya diarah bayar pampasan

"Semua kakitangan salahkan aku, mereka ingat aku yang buat laporan.

"Jadi aku tunjukkan bukti yang aku hanya buat aduan tentang aku dan tak kacau orang lain," jelasnya sambil menyatakan kes tuntutannya masih berjalan kerana berkhidmat dalam industri perhotelan.

Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi netizen dengan kebanyakannya menyatakan dia bakal beroleh 'rezeki terpijak'.

"Kau boleh dapat rezeki melintang, menangkup dan terbaring ni sebab mereka pecat kau tanpa sebab yang sah.

"Kes kita sama, diberhentikan serta-merta. Majikan nak settle tepi bayar RM2,000 tapi saya lawan di mahkamah buruh dan menang total RM27,000," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain