SEGELINTIR pelajar hari ini bukan sahaja tidak menghormati guru, malah dilihat seolah-olah kebal dan tiada rasa gentar terhadap sebarang hukuman.Menurut seorang wanita, dia juga terpaksa melupakan hasratnya untuk bergelar guru kerana tidak mampu untuk berdepan dengan sikap pelajar. "Sewaktu jadi cikgu praktikal, aku hanya bertahan seminggu. Kelas yang aku ajar ada 16 pelajar lelaki dan dua perempuan. Setiap kali habis masa bagi sesuatu subjek, mereka akan tutup pintu.Sikap nakal segelintir pelajar boleh mengganggu aktiviti pembelajaran dalam kelas. -Gambar hiasan AI"Tapi satu hari tu mereka lupa kunci pintu. Aku sergah masuk. Dua pelajar perempuan tengah duduk atas riba lelaki. Aku marah tapi mereka gelak je. Dah la baru tingkatan tiga."Mereka tak pernah fokus atau dengar aku cakap apabila belajar. Jadi aku buat keputusan berhenti sebagai cikgu praktikal," dakwa individu itu.Hantaran yang dibuat menerusi aplikasi Thread itu menerima pelbagai komen daripada netizen.Wanita dakwa terpaksa berhenti sebagai cikgu praktikal kerana tidak tahan dengan pelajarnya.Menurut wanita itu, dia menangkap dua pelajar perempuan yang duduk di atas riba lelaki.Kejadian itu didakwa berlaku di dalam kelas selepas tamat sesi pengajaran.Netizen mempersoalkan tindakan wanita itu yang terlalu cepat berputus asa.Ringkasan ini dijana oleh AIMalah, ramai yang turut mempersoalkan keputusan wanita itu yang terlalu cepat berputus asa dalam mengejar cita-citanya."Takkanlah sebab mereka je awak sanggup berhenti dan tak habiskan praktikum? Ruginya."Saya faham cerita akak. Tapi kenapa akak berhenti? Sepatutnya budak-budak tu yang diberhentikan sekolah," tulis netizen.ARTIKEL BERKAITAN: “Salah ke nak memanusiakan murid?” - Cikgu makin tersepit, mak ayah lapor ke SISPAA gara-gara sindir anak bermasalahARTIKEL BERKAITAN: Pelajar simpan dendam, tak lupa cikgu label bodoh sebelum peperiksaan - “Nak rai pelajar 10A silakan, tapi jangan hina budak 10C”Di sebalik komen-komen yang mempersoalkan kesahihan cerita itu, ada juga netizen yang meluahkan rasa simpati terhadapnya."Aduh sedihnya baca. Apa nak jadi dengan budak-budak tu?"Yang komen (kecam) ni rata-rata tak percaya realiti sebenar," tulis netizen lagi.