PERMAINAN Lego dikenali sebagai antara hobi yang memerlukan kos tinggi, lebih-lebih lagi bagi mereka yang mengumpul koleksi eksklusif sejak bertahun-tahun.Seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila tindakannya mempertahankan koleksi Lego miliknya disalah tafsir hingga mengundang kata-kata yang menggores hati. Menurutnya, situasi berlaku ketika anak saudaranya datang ke rumah dan menangis kerana mahu membawa pulang salah satu koleksi Lego miliknya.Selain mahal, Lego juga menuntut kesabaran dan ketekunan dalam menyiapkannya. -Gambar hiasan AI"Kejam ke saya apabila anak saudara datang rumah, kemudian menangis nak bawa balik koleksi Lego dan saya tak bagi?"Saya pujuk, saya cakap dengan baik-baik dan janji nak belikan dia mainan lain," kongsi wanita itu.ARTIKEL BERKAITAN: Rupanya hobi kumpul jersi boleh jadi duit... Peminat Chelsea ini mampu bawa keluarga ke London, kos bercuti RM30,000!ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda 19 tahun tunjuk ‘effort’ luar biasa, sanggup naik bas 4 jam nak pujuk cik tunang... Hilang merajuk nampak beg Lego!Walaupun kanak-kanak itu dapat ditenangkan, namun situasi menjadi sebaliknya apabila ibu bapa kanak-kanak berkenaan menyindirnya secara terbuka."Budaknya dah okay tapi mak bapanya perli kata saya kedekut, berkira dengan budak-budak."Siap cakap sebab tu saya dah lima tahun lebih kahwin tak dapat anak lagi. Allah, luluhnya rasa hati," katanya.Wanita tak benarkan anak saudara ambil Lego, dipanggil kedekut.Sudah pujuk dan janji beli lain, tetap kena sindir.Ibu bapa kanak-kanak kaitkan dengan isu belum ada anak.Netizen pertahan, anggap bukan salah wanita.Koleksi Lego dianggap mahal dan bernilai.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian tersebut menarik perhatian netizen dengan menyarankan wanita itu menunjukkan harga sebenar koleksi Lego berkenaan kepada ibu bapa kanak-kanak itu."Mak bapa tak tahu ke harga Lego berapa? Bukan murah ye, nak buat dia lagi ambil masa tau. Suruh mereka bayar kalau nak sangat."Awak tak kejam pun, mak bapa sepatutnya ajar anak hormati barang orang, bukan perli," komen warga maya.