MENJADI lumrah kehidupan setiap ibu bapa, mereka sanggup berkorban apa sahaja demi melihat anak hidup bahagia dan memiliki masa depan yang terjamin.Namun, tidak semua pengorbanan itu berakhir seperti diharapkan apabila si anak membuat keputusan yang akhirnya memberi kesan kepada keluarga sendiri. Seorang wanita meluahkan rasa kecewa terhadap sikap seorang menantu lelaki abangnya yang mengambil kesempatan terhadap keluarga mentua.Menantu wajib melayan mentua seperti ibu bapa sendiri. -Gambar hiasan AI"Abang saya dapat menantu macam 'hantu'. Beli kereta untuk anak perempuan dia dengan harapan senang pergi kerja lepas habis ijazah."Tiba-tiba anak tu nak kahwin awal. Dia ikut cakap suami supaya tak kerja. Sudahnya kereta tu suami dia yang guna," kongsinya.ARTIKEL BERKAITAN: Bapa jadi ‘spy’ lepas anak gadis dirisik... Sewa teksi ‘skodeng’ bakal menantu - “Nak tahu bujang atau suami orang”ARTIKEL BERKAITAN: Mentua ‘triggered’ baca komen menantu dalam grup WhatsApp keluarga... Tak sampai 24 jam terus ‘tendang’ keluar!Menurutnya, lebih mengecewakan apabila si menantu tersebut turut bertindak menghalau penyewa di rumah sewa milik abangnya kerana mahu tinggal di situ secara percuma."Duit hasil sewa rumah tu adalah satu-satunya sumber pendapatan abang saya. Dia tiada pencen. Menantu tu pula jenis lompat kerja. Kalau terasa susah sikit terus berhenti. Anak dah dua," katanya lagi.Tambah pengadu dia sedih mengenangkan pengorbanan abangnya yang bekerja di kilang sejak muda demi menyara pendidikan anak-anak."Dia buat simpanan Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk anak belajar sampai ijazah, beli laptop, ulang-alik hantar anak dengan tenaga dah tua. "Tapi apabila anak habis belajar, tak nak kerja pula. Dapat suami gaji rendah, kerja tak stabil dan suka ambil kesempatan kat mentua. Guna kereta, rumah percuma. Duit belanja tak bagi," katanya.Wanita kecewa menantu abangnya didakwa mengambil kesempatan terhadap keluarga mentua.Kereta dibeli untuk anak bekerja tetapi kini digunakan suami selepas anak berhenti kerja.Menantu turut didakwa menghalau penyewa rumah sewa untuk tinggal percuma.Pengorbanan ayah menyara pendidikan anak hingga ijazah mengundang rasa terkilan.Netizen menasihatkan pasangan berkahwin agar tidak bergantung kepada mentua.Ringkasan ini dijana oleh AIWanita itu juga terkilan apabila setiap kali dia membawa abang dan kakak iparnya keluar makan, menantu tersebut dilihat mengambil kesempatan dengan turut ikut bersama dan memesan makanan lebih banyak berbanding orang lain.Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang mendakwa ramai golongan menantu mengambil kesempatan terhadap kebaikan mentua."Saya selalu pesan dekat anak, jadi apa sekali pun jangan berhenti kerja. Tak tahu masa depan macam mana."Salah satu punca datang daripada anak tu sendiri," komen warga maya.