SETIAP ibu bapa pasti mengharapkan anak yang dihantar kepada pengasuh berada dalam keadaan selamat dan dijaga sebaiknya. Namun bagi seorang ibu, teguran demi keselamatan anak akhirnya membawa kepada situasi yang tidak disangka. Wanita itu kecewa selepas anaknya yang berusia setahun dibawa keluar oleh individu lain tanpa pengetahuannya.Wanita berkerjaya berbelah bahagi apabila anak dijaga orang lain. -Gambar hiasan AI"Adik kepada pengasuh bawa salah seorang anak saya pergi beraya. Langsung tak maklum, saya hanya tahu semasa nak ambil anak."Selamba dia cakap anak saya dapat duit raya waktu pergi beraya dekat rumah kawan dia... langsung tak minta maaf," luahnya.ARTIKEL BERKAITAN: Jiran pengasuh tahan tengah jalan, kongsi audio budak menangis tanpa henti... Suara dalam rakaman buat hati si ibu hancur!ARTIKEL BERKAITAN: Bayi umur setahun ‘lalok’ tiap kali balik dari rumah pengasuh... Ibu ini dapat jawapan lepas terima laporan perubatan hospitalWanita itu berkata, situasi tersebut menimbulkan kebimbangan kerana dia berhak mengetahui keadaan anaknya sepanjang berada di bawah jagaan orang lain."Kalau jadi apa-apa macam mana? Kemudian saya WhatsApp pengasuh dan tegur minta maklum dulu kalau nak bawa anak keluar. "Sebab saya risau keselamatan anak-anak," katanya.Namun, teguran tersebut tidak diterima dengan baik apabila pengasuh berkenaan menghantar mesej yang mengejutkannya sehari selepas itu."Dia WhatsApp cakap dah tak boleh jaga dua orang anak saya tu. Dia minta saya ambil barang pada Isnin."Ya Allah salah ke saya tegur pasal keselamatan anak-anak," katanya. Ibu kecewa selepas pengasuh enggan menjaga anaknya susulan teguran tentang keselamatan.Anak setahun dibawa beraya tanpa pengetahuan ibu ketika dia bekerja.Wanita itu hanya mengetahui perkara tersebut semasa mengambil anak.Teguran supaya dimaklumkan lebih awal dipercayai tidak diterima baik.Netizen menyifatkan kejadian itu sebagai hikmah untuk mencari pengasuh lebih amanah.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian itu menarik perhatian netizen yang memintanya bersyukur kerana tidak perlu lagi menghantar anak kepada pengasuh tidak bertanggungjawab. "Allah tak nak ada benda buruk berlaku kat anak-anak. Insya-Allah akan diganti pengasuh yang baik dan amanah lepas ni."Kalau dia tak boleh ditegur tak mengapa kak, cari je pengasuh lain," kata warga maya.