suria

“Allah hantar pakcik ini tegur aku” - Pemuda pelik tengok warga emas sembahyang tanpa henti, rupanya gigih qada solat

Seorang lelaki terkesan dengan seorang warga emas yang solat tanpa henti. -Gambar hiasan AI

TINDAKAN seorang lelaki yang tergerak hati untuk singgah menunaikan solat di sebuah surau stesen minyak meninggalkan pengajaran besar buat dirinya.

Cerita lelaki tersebut, dia singgah untuk menunaikan solat Asar dalam keadaan tergesa-gesa memandangkan waktu sudah sedikit lewat.

Katanya, ketika melangkah masuk ke dalam surau, hanya seorang warga emas kelihatan sedang solat di saf paling hadapan.

"Aku pun jadikan dia imam. Aku takbir kuat sikit. Tapi mungkin dia tak perasan, dia baca perlahan je, macam solat sorang-sorang.

Orang muda perlu mendengar nasihat orang yang jauh lebih berpengalaman. -Gambar hiasan AI

Orang muda perlu mendengar nasihat orang yang jauh lebih berpengalaman. -Gambar hiasan AI

"Tapi aku tetap ikut dia. Oleh sebab dia solat depan aku, habis je dia bagi salam, aku tengok dia solat lagi. Habis je aku solat, aku tengok dia masih solat lagi," katanya.

Lelaki itu mulai hairan selepas warga emas itu terus menunaikan solat tanpa henti sehingga menimbulkan persoalan jumlah rakaat yang dilakukan.

"Sementara tunggu masuk waktu Maghrib, aku berehat sekejap sambil main telefon. Aku tengok pakcik tadi masih solat tak habis-habis lagi.

"Bila masuk waktu Maghrib, dia senyum kat aku. Aku pun balas senyuman," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Wanita halau pakcik sedang iktikaf dalam surau, ungkit penduduk bayar bil utiliti

ARTIKEL BERKAITAN:Surau sempit, ramai tunggu nak solat... Pelik ada mak ayah sibuk ajar anak kecil sembahyang, cara ambil wuduk

Warga emas itu kemudian menegur lelaki terbabit yang membuatkannya tersentak.

"Dia tiba-tiba cakap dekat aku jangan jadi macam pakcik dik, masa muda-muda dulu selalu tinggal solat.

 

"Sekarang ni cuba ganti solat mana yang pakcik teringat. Harap-harap Allah ampunkan dosa pak cik," kongsinya.

Lebih menyentuh hati, warga emas itu kelihatan sebak mengenangkan kealpaannya dalam menunaikan kewajipan bersolat.

  • Nasihat warga emas tentang solat menyentuh hati seorang lelaki di surau stesen minyak.
  • Pesanan “jangan jadi macam pak cik” jadi pengajaran selepas pertemuan singkat di surau.
  • Pengakuan pak cik mengganti solat lama tinggalkan kesan mendalam.
  • Pertemuan ringkas bertukar menjadi peringatan tentang pentingnya menjaga solat.
  • Nasihat ikhlas warga emas jadi teguran bermakna buat seorang lelaki.

"Dia kata lagi dah tua-tua ni risau betul tiba-tiba Allah tarik nyawa pakcik. Risau kalau Allah letak pakcik dalam neraka sebab dosa. Allah. Rasa nak menitis air mata aku," katanya.

Warga emas itu kemudian meminta lelaki itu menjadi imam solat Maghrib dan selesai solat, pakcik itu sekali lagi berpesan.

"Dia ulang jangan jadi macam pak cik, jangan. Pesanan yang pendek tapi sangat membekas dalam hati.

"Allah kalau nak bagi hati kita tersentuh, cukup hantar seorang pakcik entah dari mana, agar aku ingat pada-Nya," kongsinya.

Artikel Lain