HANYA kerana segelas kopi jenama popular, hati seorang suami terluka dengan sikap isteri yang dianggap tidak tahu menghargainya sebagai ketua keluarga.Cerita lelaki berkenaan, pada hari kejadian isterinya meminta wang sebanyak RM150 untuk membeli barang keperluan dapur dan dia memberi tambahan RM50 kerana bimbang tidak mencukupi. Bagaimanapun dia terkilan pesanan secawan kopi tidak dibeli dengan alasan wang diberikan tidak mencukupi. "Isteri minta duit untuk beli barang dapur, dia cakap nak RM150, tapi aku bagi RM200 sebab bimbang tak cukup."Kemudian aku cakap kat dia, balik nanti singgah beli kopi popular dan dia cakap okay.Suami juga boleh terluka dengan sikap kedekut isteri. -Gambar hiasan"Tapi apabila sampai rumah, dia tak bawa balik kopi yang dipesan sebab katanya duit barang dapur cukup-cukup RM200," adunya yang mengakui sedih dan terkilan dengan sikap isterinya itu di laman Threads. Beranggapan isterinya sengaja tidak membeli kopi seperti diminta,dia juga tidak keberatan untuk menggantikan semula wang digunakan untuk membeli minuman itu sekiranya diminta.Malah sebagai suami dia memahami isterinya tidak bekerja dan dia sebagai ketua keluarga memang menyediakan nafkah dan perbelanjaan lain untuk keluarga."Dia ada je duit tapi tak mahu guna, padahal kalau dia guna pun, aku boleh je ganti balik sebab aku ni breadwinner dalam keluarga.Lelaki terkilan isteri habiskan RM200 duit nafkah beli barang dapur.Isteri enggan belikan kopi popular kerana duit dikatakan cukup-cukup.Dakwa isteri ada simpanan sendiri tetapi tidak mahu guna.Tuding sikap ‘double standard’ — pemurah dengan keluarga sendiri, berkira dengan keluarganya.Netizen nasihat pasangan berbincang elak konflik rumah tangga berpanjangan.Ringkasan ini dijana oleh AI"Dia suri rumah, jadi memang dia dapat duit nafkah," luahnya lagi.Seolah-olah menyimpan rasa kecewa sekian lama, pengadu turut mendakwa isterinya bersikap 'double standard' apabila melibatkan ahli keluarganya sendiri.Jelas lelaki ini, isterinya akan menjadi seorang yang sangat pemurah sekiranya mereka pulang ke kampung meskipun tidak bekerja."Kalau balik rumah ayah dia dan ada adik-beradik lain, 'auto' dia jadi kaya dan pemurah gila. Siap belanja famili dia kopi, makanan western, tak berkira langsung.ARTIKEL BERKAITAN: Hancur hati suami jumpa aksi panas isteri dalam telefon, berasmaradana dengan kawan baik sendiri! - “Tak sangka siap bagi tubuh”ARTIKEL BERKAITAN: Isteri jenis ‘tahi hidung masin’, beli KFC makan dalam bilik! Sudahnya saudara datang tegur, terkait punca lambat dapat anak"Padahal dia yang tak kerja itu belanja ahli keluarga yang bekerja. Adik-beradik dia kalau (isteri) kirim apa-apa, tak akan belanja, mereka tetap akan minta duit balik," dakwanya.Kata pengadu, situasi berbeza berlaku sekiranya mereka berada di rumah keluarganya. Dakwanya, isteri akan menunjukkan reaksi kurang senang sekiranya dia cuba berbakti kepada keluarganya sendiri."Lain sikapnya kalau balik rumah aku, kalau dia nampak aku belanja keluarga, mulalah muncung. Dia akan cakap membazirlah, mereka memang dah selalu makan sedaplah.Reaksi netizen."Entahlah, aku kerja, aku buat kerja rumah, aku jaga anak... tapi benda-benda remeh macam ni pun nak berkira," luahnya sayu.Ramai warga maya bersimpati dengan nasib lelaki tersebut selain menasihati agar pasangan itu duduk berbincang bagi mengelakkan rasa dendam dalam hati."Aku ni kalau bab duit memang dahulukan anak-anak dan suami sebab tahu dia anak sulung dan sentiasa kena hulur pada adik-adik."Maaf isteri, kali ini aku berpihak pada suami... kalau dah berkira dengan suami, semoga hidup kau sentiasa rasa tak cukup," demikian reaksi netizen.