suria

Suami liat tunai nafkah, asyik beri alasan tak cukup duit! Hati isteri remuk terjumpa resit ‘gold bar’ 10 gram

Dalam sesebuah perkahwinan, suami mahupun isteri sewajarnya berlaku jujur terhadap pasangan masing-masing. -Gambar hiasan AI

DALAM sesebuah perkahwinan, kejujuran adalah antara asas penting dalam memastikan hubungan suami isteri kekal harmoni.

Tanpanya, kepercayaan yang dibina bertahun-tahun boleh runtuh dalam sekelip mata, sebagaimana kisah dikongsikan oleh seorang wanita ini mengenai krisis yang melanda rumah tangganya.

Berkongsi cerita di laman sosial, wanita ini berkata kesabaran terhadap suami akhirnya lenyap apabila penipuan demi penipuan dilakukan lelaki itu terbongkar.

Apa lebih membuatkannya tersentak, dia tidak menyangka suami sendiri tergamak menyembunyikan pembelian emas 10 gram daripada pengetahuannya.

Memberi nafkah adalah kewajipan seorang suami terhadap isteri merangkumi tempat tinggal, makanan, pakaian dan perubatan. -Gambar hiasan AI

"Pagi ini saya terjumpa resit pembelian emas 10 gram yang suami beli. Gold bar. Ada juga dia beli barang lain yang mahal-mahal sebelum ini. Saya terkejut selama ini dia kata tak cukup duit," tulisnya.

Tambah wanita itu, penipuan berkenaan bukanlah kejadian pertama yang dilakukan suaminya. 

"Ada juga sebelum ni dia tak dapat bayar loan rumah tapi sebab ansuran memang tolak dari bank saya, auto duit saya hilang macam itu je sebanyak dua ribu lebih. Kalau dulu-dulu kami half half bayar. 

ARTIKEL BERKAITAN: Suami hanya pandai ‘buat’ anak, tapi culas nafkah... Pasang niat nak kahwin wanita cantik jika dah kaya!

ARTIKEL BERKAITAN: Setahun bekas suami hilang, tiba-tiba muncul nak ambil anak beraya di kampung! Wanita berat nak beri izin - “Baju raya pun aku kena beli”

"Dia pernah senyap-senyap swipe kad bank masa saya dalam pantang, banyak sangat duit saya habis. Dia pernah paksa saya bayarkan makanan, biasanya kalau tak bayar dia akan berkasar atau naik angin. 

"Sebenarnya banyak lagi hal yang berlaku termasuklah tiap-tiap bulan saya bayar sendiri kos makan minum, tempat tinggal, taska anak-anak dan keperluan diri dan anak-anak sebab kami PJJ (hubungan jarak jauh)," kongsinya. 

Biarpun begitu, dia masih mampu 'menutup sebelah mata' setiap kali suaminya memberi alasan yang sama sehingga dia terpaksa menggunakan wang sendiri untuk perbelanjaan keluarga.

  • Seorang wanita kecewa apabila suaminya menyembunyikan pembelian emas 10 gram dan barangan mahal lain walaupun selalu kata tak cukup duit.

  • Penipuan itu bukan pertama kali; suami pernah gagal bayar loan rumah, swipe kad bank wanita secara senyap, dan paksa bayar makanan.

  • Wanita terpaksa menanggung kos makan minum, taska anak dan keperluan diri sendiri kerana mereka PJJ.

  • Insiden pembelian emas menyedarkan wanita bahawa penipuan suaminya adalah corak berulang dan disengajakan.

  • Warga maya menasihati wanita itu bertegas, menyimpan bukti transaksi, dan mempertimbangkan tindakan undang-undang.

Namun, insiden terbaharu berkaitan pembelian emas benar-benar membuatkan dia sedar penipuan suami bukan sekadar kesilapan atau alasan sementara, tetapi satu corak berulang dan disengajakan.

"Saya nak tanya, suami macam ni kenapa ya? Macam mana nak bawa isu ini ke pengadilan?" luahnya meminta pandangan netizen. 

Di ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan simpati terhadap wanita berkenaan dan menyarankan supaya dia lebih bertegas agar tidak terus menjadi mangsa penipuan suami. 

Malah ada menyokongnya untuk mengambil tindakan undang-undang dan berharap wanita itu menyimpan semua transaksi dan resit sebagai bukti sekiranya ingin membuat aduan rasmi atau memfailkan kes di mahkamah.

Artikel Lain