suria

Setahun bekas suami hilang, tiba-tiba muncul nak ambil anak beraya di kampung! Wanita berat nak beri izin - “Baju raya pun aku kena beli”

Ibu pastinya sedih jika terpaksa berjauhan dengan anak-anak sewaktu hari raya. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita dalam dilema apabila diminta menyerahkan anak-anak kepada bekas suami menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Dalam hantaran di Threads, wanita itu bagaimanapun berat hati memberi keizinan memandangkan bekas suaminya tidak pernah menghiraukan anak-anak selepas mereka bercerai.

"Selfish ke kalau aku sebagai ibu tak izinkan anak-anak ikut bapa mereka beraya di kampung?

"Kami dah setahun bercerai. Raya tahun lepas anak-anak dengan aku.

Ibu tiada hak untuk menghalang anak-anak berjumpa dengan bapa mereka. -Gambar hiasan AI

"Ini tahun kedua aku beraya sebagai ibu tunggal. Dalam setahun kami bercerai, ex tak pernah tanya khabar anak-anak. Minta duit masa anak sakit, dia kata tiada duit.

"Kalau anda di tempat saya, adakah akan bagi anak-anak ikut ex balik kampung? Dah la baju raya anak-anak pun aku yang kena beli. Dia satu sen tak keluar duit," tulis wanita itu.

Sepanjang setahun bercerai, dia mendakwa lelaki itu juga tidak pernah datang menjenguk anak-anak.

  • Wanita berat hati untuk benarkan anak-anak beraya dengan bekas suami.
  • Dia mendakwa lelaki itu tidak pernah menjenguk anak-anak selepas mereka bercerai.
  • Menurut wanita itu, bekas suaminya juga tidak pernah mengirim wang untuk anak-anak.
  • Netizen beri nasihat supaya wanita itu tak halang anak-anak jumpa bapa mereka.

Di ruangan komen, netizen memberi sokongan kepada wanita itu agar dia tidak membenarkan anak-anaknya beraya dengan bapa mereka.

"Dia cuma perlukan anak-anak sebagai 'aksesori' untuk jumpa keluarga. Barulah nanti dianggap duda terhangat, boleh uruskan anak sendirian waktu raya.

"Entah-entah nak bawa anak jumpa bakal keluarga mentua. Terpaling bapa mithali la katakan. Tiba-tiba je nak bawa anak balik kampung. Macam ada sesuatu," tulis netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami ‘menangkan’ kawan, tergamak tinggal isteri sakit sendirian di rumah... Paling zalim bagi RM50 untuk belanja 4 hari

ARTIKEL BERKAITAN: Berniaga sampai 10 tapak bazar tapi culas nafkah! Wanita ‘sakit mata’ tengok bekas suami hidup mewah, anak pula mengemis kasih sayang

Namun, ada juga beberapa pelayar Threads yang memberi komen positif dan meminta wanita itu agar tidak memisakan anak-anak dengan bapa mereka.

"Tanya anak-anak dulu. Mereka juga ada perasaan. Kalau anak-anak nak beraya dengan bapa mereka, bagi je la.

"Kalau saya, izinkan je. Nafkah dan hak anak-anak bersama ayah itu dua perkara berbeza. Anak ada hak nak bersama ayah. Itu hak anak.

"Bagi je dia ambil anak. Kamu rehatlah dan pergi bercuti tenangkan diri," pesan netizen lagi.

Artikel Lain