Pengasuh sewajarnya bertanggungjawab menjaga amanah yang diberikan oleh ibu bapa dengan memastikan keselamatan anak asuhan. -Gambar hiasan AI
KES melibatkan pengasuh yang didakwa cuai atau tidak bertanggungjawab sering dikongsikan ramai ibu bapa, sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan dan kebajikan anak kecil.Menerusi satu perkongsian di media sosial, seorang wanita mendedahkan kisah yang diceritakan rakannya mengenai perubahan ketara pada bayinya yang dijaga oleh seorang pengasuh. ARTIKEL BERKAITAN: Mengaku bayar murah RM350 sebulan, tapi ibu sedih pengasuh kerja sambil lewa... Biar lampin anak penuh air kencing sampai petangARTIKEL BERKAITAN: Majikan kaya tapi kedekut! Pengasuh anak dikerah buat kerja orang gaji, cuti seminggu sekali - “Berbaloi ke semua ni?”Menurut individu itu, rakannya sering meluahkan rasa risau setiap kali mengambil anak yang berusia sekitar setahun kerana bayi itu kelihatan lesu, kuyu dan asyik mengantuk."Pengasuh beritahu banyak main, sebab tu penat. Baby kawan saya ni masa tu umur sekitar setahun lebih."Tapi naluri ibu-ibu ni jangan dibuat main. Kawan saya tiba-tiba balik awal, nak ambil baby dia dan nampak pengasuh tengah suap something. Kawan saya terus tanya, apa tu, tanpa bagi salam dekat pintu.Ramai ibu bapa cenderung menghantar anak kepada pengasuh kerana tuntutan kerja. -Gambar hiasan"Pengasuh cakap suplemen minyak hati ikan kod, lepas tu cepat-cepat dia pergi dapur. Tak tahu apa dia buat, dia ke depan semula tunjuk botol," tulisnya.Seakan-akan dapat menghidu perkara yang tidak kena, rakannya itu cuba meneliti bau mulut bayinya sebelum mengesan ia sebenarnya adalah bau ubat batuk.Seorang individu berkongsi kisah bayi rakannya lesu ketika dalam jagaan pengasuh.Pengasuh memberi alasan bayi penat bermain, namun si ibu berasa ada sesuatu yang tidak kena.Ibu tersebut pulang awal dan mendapati pengasuh sedang menyuap sesuatu.Selepas dihidu, ia seperti bau ubat batuk dan doktor mengesahkan bayinya terlebih dos ubat tersebut.Ibu itu segera membuat laporan serta memaklumkan ibu bapa lain.Ringkasan ini dijana oleh AI"Dia tak tuduh lagi, dia bawa pergi hospital terus untuk check-up, doktor sahkan anak dia dah overdose dengan ubat batuk. "Dia terus ambil laporan perubatan kemudian hubungi semua ibu bapa yang hantar anak dekat situ... the rest is history. "Sekarang rasanya pengasuh tu dah tak asuh budak, tapi bawa van sekolah pula," tulisnya lagi.Di ruangan komen, ramai yang menyokong tindakan rakannya kerana segera bertindak membawa bayi ke hospital dan memaklumkan ibu bapa lain.Selain itu, segelintir yang lain menekankan kepentingan berhati-hati dalam memilih pengasuh dan sentiasa memantau keadaan anak walaupun dipercayai sepenuhnya.