suria
mStar - Urban.Versatil

Gadis menganggur gelisah BF belum masuk meminang, nak kerja tapi tak dapat izin - “Dia takut saya menggatal”

Ibu bapa pastinya risaukan masa depan anak yang tidak menentu. -Gambar hiasan AI

SEORANG gadis meluahkan rasa tertekan apabila masa depannya seolah-olah tergantung tanpa hala tuju selepas setahun menjalinkan hubungan cinta dengan teman lelakinya.

Menurut gadis berusia 24 tahun itu, dia semakin gelisah apabila teman lelakinya tidak menunjukkan sebarang usaha untuk menghalalkannya sebagai isteri.

"Saya ada boyfriend (BF) dan kami sudah jalinkan hubungan selama satu tahun. Mak ayah saya dah desak asyik tanya bila nak next step (kahwin).

Masalah pengurusan kewangan sering menjadi punca pasangan lambat untuk mendirikan rumah tangga. -Gambar hiasan AI

"BF Saya ni nak kahwin tapi dia tak ada simpanan pun. Asal simpan duit je lambat laun dia akan guna duit tu untuk bayar bil-bil dia," ujar pengadu itu dalam hantaran di platform X.

Lebih membimbangkan, gadis itu mendakwa teman lelakinya sering mengelak setiap kali isu perkahwinan dibangkitkan.

Namun dalam masa sama lelaki itu berjanji untuk menguruskan semua hal berkaitan perkahwinan termasuk daripada segi kewangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita nekad batal pertunangan walau BF baik hati, tak tahan sikap ‘nonchalant’ - “Aku sayang dia sangat”

ARTIKEL BERKAITAN: Berbulan tunggu video dan gambar kahwin, ada saja alasan sampaikan pengantin siasat sendiri – “Video macam hire budak darjah 6, gegaran 9.3 skala richter!”

"Saya tak bekerja sebab dia tak benarkan. Alasannya ialah dia takut saya menggatal dengan lelaki lain dekat tempat kerja.

"Jadi duit kahwin semua serah dekat dia untuk kumpul. Dia yang setuju begitu," keluh gadis itu lagi.

Perkongsian tersebut mencetuskan pelbagai reaksi netizen, dengan ramai yang menzahirkan kebimbangan terhadap kebergantungan penuh gadis itu kepada teman lelakinya.

Ada juga netizen yang menegur supaya gadis itu memikirkan masa depan sendiri dan tidak terlalu menyerahkan sepenuhnya nasib hidup kepada pasangan yang belum sah.

  • Gadis tertekan hubungan setahun masih tiada kepastian walaupun didesak berkahwin.
  • Teman lelaki mahu berkahwin tetapi tidak mempunyai simpanan.
  • Isu perkahwinan sering dielakkan walaupun pernah berjanji.
  • Gadis itu tidak bekerja dan bergantung sepenuhnya kepada pasangan.
  • Netizen nasihatkan dia sediakan pelan masa depan sendiri.

"Mak ayah mesti desak sebab malas nak tampung hidup anak yang jadi beban dan menyusahkan. Selama tak kahwin, tidak bekerja pula tu. Siapa je yang menyara kau makan?

"Pasti ke dia tak akan tinggalkan awak? Jadi perempuan kena sentiasa ada back up plan jika apa-apa masalah terjadi. Hati manusia ni Allah je tahu. Kemudian kalau dia tak kahwin dengan awak, nak menganggur sampai bila?

"Lelaki tu tak ada simpanan sebab bayar bil dan keperluan lain. Tapi berani gaslight diri boleh tanggung anak orang. Lepas tu tak percayakan kekasih sendiri takut awak tak setia, penakut betul," komen beberapa netizen.

Artikel Lain