TEMPOH perkenalan kita dengan seseorang ibarat satu 'perjudian' kerana tiada siapa akan tahu bagaimana pengakhiran hubungan yang terjalin.Di Thread, seorang lelaki berkongsi kisah pahit apabila hubungan dengan seorang wanita yang dibina sejak zaman belajar berakhir tanpa sebarang penjelasan. Menurut perkongsiannya, dia pernah membantu menanggung kira-kira 70 peratus perbelanjaan wanita itu yang dikenalinya sejak menyambung pengajian diploma sehingga ke peringkat ijazah."Dulu saya ada berkawan dengan seorang perempuan ni. Dia berasal daripada sebuah keluarga susah. Rupa paras dia biasa-biasa je. Dia sambung belajar diploma sampai degree.Sesetengah kaum lelaki sanggup lakukan apa saja demi wanita yang disayangi. -Gambar hiasan AI"Saya tanggung perbelanjaan sepanjang dia meneruskan pengajian," cerita lelaki itu yang berasal dari Perak.Namun dia mula menyedari perubahan sikap wanita berkenaan selepas tamat belajar dan berkerjaya. Katanya, dia terkedu apabila ucapan Selamat Hari Raya yang dihantar tidak berbalas malah menyedari dirinya disekat di semua platform media sosial."Bila dia mula kerja dan kemudiannya saya kena game (dipermainkan) dengan dia. Pada hari raya pertama, saya bagi ucapan hari raya.ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda maut selepas tiba-tiba keluar dari kereta sedang dipandu rakan wanitaARTIKEL BERKAITAN: Usah romantik tak bertempat, rupanya tak boleh tulis “I love you” pada ruangan tujuan transaksi bank kepada isteri"Saya kena block dekat media sosial. Saya tanya adik dia, rupanya saya kena block juga. Rupa-rupanya dia pilih orang lain untuk berkahwin, bukannya saya," ceritanya lagi.Kesan diperlakukan sebegitu, lelaki berkenaan mengakui dirinya kekal bujang hampir sembilan tahun kerana terlalu kecewa.Bagaimanapun, dia tidak menyimpan dendam dengan menganggap pergorbanannya selama ini adalah rezeki wanita tersebut."Sekarang kalau terserempak, dia cuma tunduk muka (pandang) ke bawah… mungkin malu," katanya mengakhiri luahan.Lelaki bantu tanggung pengajian wanita hingga habis belajar.Ucapan Aidilfitri jadi titik mula kekecewaan apabila dia disekat di semua media sosial.Rupa-rupanya wanita itu memilih lelaki lain untuk dijadikan suami.Kekecewaan membuatkan dia kekal bujang hampir sembilan tahun.Netizen nasihat supaya tidak terlalu berkorban tanpa ikatan sah.Ringkasan ini dijana oleh AIRata-rata netizen bersimpati dengan nasib lelaki itu dan menasihatkan orang lain supaya tidak terlalu berkorban dalam hubungan tanpa ikatan yang sah."Baiknya awak. Lain kali nikah dulu baru taja perempuan tu belajar."Sebab tu aku tak pernah habis duit dekat perempuan sebab tak nak jadi macam ni la. Sasau kemudian hari, asyik teringat sakit hati."Tak apa, semoga Allah gantikan dengan lebih baik untuk kau. Saya doakan awak, jangan risau. Bahagian dia, dia akan dapat," komen beberapa netizen.