suria
mStar - Urban.Versatil

Letih hidup! Ganti plastik sampah, cara londeh seluar pun kena ajar... Wanita disaran hati-hati pilih suami

Suami isteri perlu memahami tanggungjawab masing-masing. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita bergelar isteri menasihatkan kaum Hawa khususnya yang masih bujang agar lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup.

Wanita itu meluahkan pandangan susulan cabaran hidup berumah tangga yang terpaksa dihadapinya apabila mendapat pasangan tidak pandai berdikari.

Menurutnya, keadaan itu boleh menyebabkan isteri keletihan emosi dan fizikal kerana perlu mengajar pasangan melakukan perkara asas dalam rutin harian.

Perselisihan faham menjadi punca suami isteri bergaduh. -Gambar hiasan AIPerselisihan faham menjadi punca suami isteri bergaduh. -Gambar hiasan AI

"Korang doa le banyak-banyak tak terkahwin dengan lelaki yang auto jadi lembam lepas kahwin. Letih tau nak hidup dengan laki yang semua benda kena ajar.

"Lepas buang sampah, kena ajar ganti plastik sampah. Kena ajar tak buka 'boxer' atau seluar dalam sekali seluar. 

"Cuci pinggan lepas makan pun nak kena ajar. Kalau ada anak, kena ajar pula dia jadi bapa. Letih oi," luah wanita tersebut.  

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita mualaf catu makan anak 2 tahun, beri mi segera lepas menangis sepanjang hari... Suami pula asyik tidur malas bekerja

ARTIKEL BERKAITAN: Sebelum kahwin suami janji mengaji bersama, cerita isi khutbah Jumaat... Lepas nikah nak solat pun malas, sombong dengan pemberi rezeki

Perkongsian itu disokong oleh seorang wanita yang turut berkongsi pandangannya dengan menyatakan sikap dan tahap kecergasan seseorang lelaki kadangkala boleh diperhatikan menerusi bahasa tubuh dan cara berjalan.

"Kalau jalan perlahan dengan lemah gemalai, tak cergas, nak buat keputusan pun tak proaktif memang penatlah kahwin nanti.

"Elakkan juga jalan mendongak dan 'sembang kari' sebab yang macam tu perasan bos tapi syok sendiri," katanya.

  • Isteri nasihat wanita bujang supaya berhati-hati pilih pasangan hidup.
  • Dia mendakwa suami kurang berdikari boleh jejaskan emosi isteri.
  • Isteri terpaksa ajar pasangan melakukan tugas asas harian.
  • Sikap lelaki dikatakan boleh dilihat melalui bahasa tubuh.
  • Lelaki proaktif dan peka dianggap lebih mudah bekerjasama dalam rumah tangga.

Sebaliknya, dia berkata lelaki yang kelihatan bertenaga, peka terhadap persekitaran lebih mudah memahami.

"Kalau yang jalan cergas bertenaga, jalan depan atau sedikit tunduk tu proaktif. 

"Kalau lelaki yang tahu nak makan kat mana biasanya pandai buat kerja. Merendah diri, peka dengan sekeliling. Cakap sekali dah faham," luahnya.

 

Artikel Lain