SOLAT adalah kewajipan utama setiap Muslim dan menjadi tiang agama yang memelihara hubungan hamba dengan Allah.
Di Thread, seorang wanita meraih perhatian ramai selepas berkongsi cerita tentang suaminya yang liat untuk menunaikan solat.
"Penatlah nak paksa suami solat. Selalu pergi kerja pun, bangun pagi tak solat. Apabila suruh solat, dia duduk bilik belakang, kata dah solat.

Rumah tangga pasti lebih berkat jika suami isteri patuh kepada suruhan Allah. -Gambar hiasan AI
"Dah tua bangka pun tak reti jaga solat. Hidup nak kaya tapi nak 'tunduk' pada pemberi rezeki pun payah," luahnya.
Lebih mengecewakan, dia mendakwa suaminya menunjukkan sikap yang jauh berbeza sebelum mereka mendirikan rumah tangga.
"Dulu sebelum kahwin, katanya setiap Jumaat nak cerita balik apa yang dia dengar dekat khutbah. Nak mengaji sama-sama, sampai beli al-Quran baharu.
- Wanita kesal suaminya malas mendirikan solat.
- Pasangan itu sudah tiga tahun mendirikan rumah tangga.
- Dia kecewa kerana suaminya menunjukkan sikap alim sewaktu zaman bujang.
- Netizen beri nasihat agar dia tak putus asa mendoakan suaminya.
"Ni dah tiga tahun kahwin, sehelai pun tak pernah baca sama-sama. Satu tazkirah pun tak pernah dengar. Pergi solat Jumaat pun masa hujung-hujung," ceritanya lagi.
Pada penghujung perkongsian itu, dia turut mendoakan agar suaminya terbuka hati untuk berubah menjadi seorang Muslim yang lebih baik.
Di ruangan komen, ramai netizen turut menasihati wanita itu agar dia tidak berputus asa untuk berdakwah kepada suaminya.
ARTIKEL BERKAITAN: Rakan sekerja dakwa 80 peratus staf lelaki tak solat, hari Jumaat sembunyi dalam gudang!
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita sedih gagal ajak kawan solat Asar sama-sama lepas bersenam di gym... Guna alasan badan berpeluh, tak selesa
"Jangan putus doa. Tak usah membebel dan menekan. Yang penting didik anak kita tentang pentingnya solat.
"Makcik saya alami benda sama. Tiap malam dia tahajud, berdoa kepada Allah. Akhirnya suaminya solat di masjid setiap waktu.
"Jangan putus asa untuk berdoa. Allah maha mendengar," tulis beberapa netizen.


