SEGELINTIR anak muda yang hidup jauh daripada pemantauan keluarga menggunakan rumah sewa mereka untuk melakukan aktiviti tidak bermoral.
Selain penyalahgunaan bahan terlarang, ramai yang turut menjadikan rumah sewa mereka sebagai lokasi untuk melakukan maksiat.
Di Thread, seorang pemuda berkongsi cara 'kreatif' yang dilakukannya untuk membendung gejala maksiat di rumah sewa.

Segelintir individu menjalani gaya hidup bebas kerana jauh dari pemantauan keluarga. -Gambar hiasan AI
"Masa tinggal di rumah bujang dulu, ada dua orang 'mangkuk' bawa masuk perempuan. Aku pasang kamera dekat komputer. Komputer pula menghadap pintu.
"Setiap kali mereka lalu nak masuk bilik, memang kantoi. Kalau mereka masuk senyap-senyap waktu malam, aku mengaji al-Quran kuat-kuat.
"Akhirnya dua penyewa itu berpindah dari rumah kami," kongsinya.
- Pemuda kongsi cerita tentang dua rakan serumahnya yang kerap melakukan maksiat.
- Dia akan membaca al-Quran dengan kuat setiap kali rakan serumahnya melakukan perbuatan terkutuk.
- Akhirnya dua rakan serumahnya itu berpindah ke kediaman lain.
- Ramai netizen beri saranan supaya pengadu membuat laporan kepada pihak berkuasa.
Selain pemuda itu, beberapa pelayar Thread mendedahkan mereka turut berdepan situasi sama di rumah sewa masing-masing.
"Rakan serumah bawa lelaki masuk rumah sewa. Aku ni tertekan dengan assignments, presentation lagi. Takut gaduh pula apabila tegur.
"Rakan serumah aku pun macam tu. Orang penat balik kerja, tengok teman lelaki dia ada dekat rumah," kongsi netizen.
ARTIKEL BERKAITAN: Sewa bilik, dapat satu rumah! Housemate angkut keluarga bahagia duduk sekali... Mak, adik-beradik tak reti balik
ARTIKEL BERKAITAN: Masalah di rumah sewa lama berulang... 'Housemate' baharu pun suka bawa masuk kekasih, kawan lelaki
Pelayar Thread turut memberi saranan kepada pengadu untuk membuat laporan kepada pihak berwajib bagi mengatasi masalah berkenaan.
"Laporkan je kepada jabatan agama, tapi pastikan kau kat tempat lain masa serbuan tu.
"Plan dengan rakan serumah yang lain untuk jangan balik. Kemudian lapor kepada jabatan agama ketika mereka berdua-duaan dalam rumah," tulis netizen.


