suria

Wanita persoal budaya tinggal anak kecil di kampung tiap kali cuti sekolah... Bangkitkan isu kesihatan datuk nenek

Kehadiran anak kecil akan menceriakan suasana kediaman datuk dan nenek di kampung. -Gambar hiasan AI

SEGELINTIR ibu bapa gemar menghantar anak-anak pulang ke kampung halaman apabila tiba cuti persekolahan hujung tahun.

Kebanyakannya beranggapan tindakan itu dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan selain memberi ruang kepada si kecil menikmati suasana berbeza.

Bagaimanapun, seorang wanita tampil dengan pandangan berbeza seolah-olah tindakan tersebut tidak wajar kerana didakwa menyusahkan orang tua di kampung.

Segelintir warga emas gemar menjaga cucu mereka. -Gambar hiasan AI

Segelintir warga emas gemar menjaga cucu mereka. -Gambar hiasan AI

"Macam mana parents boleh tinggalkan anak umur tujuh dan lima tahun di kampung?

"Mak umur 60 tahun jaga seorang diri selama dua minggu, tak boleh bayangkan," ajunya di Thread.

Baginya, situasi tersebut berbeza sekiranya melibatkan anak-anak yang sudah meningkat remaja dan mampu mengurus diri sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Adik benci tengok abang, kakak ipar bersantai di hari cuti... Ibu umur 70 tahun seharian dikerah jaga cucu

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah atuk nenek jadi pusat asuhan, ‘hamba’ anak berkerjaya musim cuti sekolah... Hulur duit sedikit buat ambil hati

"Bukan usia 17 dan 15 tahun ya, fikirlah daripada pelbagai sudut... masing-masing dah jadi parents," tambahnya yang berharap golongan ibu bapa lebih prihatin dan peka dengan situasi semasa.

Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang berpandangan setiap keluarga mempunyai situasi berbeza.

Malah ada yang menegaskan bahawa bukan semua warga emas mengalami masalah kesihatan dan tidak mampu menguruskan diri sehingga ada yang mahu menjaga cucu sebagai teman penghibur.

  • Ibu bapa gemar hantar anak pulang ke kampung ketika cuti hujung tahun.
  • Wanita persoal anak usia tujuh dan lima tahun ditinggal dua minggu.
  • Anggap beban jika hanya nenek 60 tahun jaga seorang diri.
  • Katanya sesuai jika anak sudah remaja dan boleh urus diri.
  • Netizen kata situasi berbeza, ada nenek masih sihat dan mahu jaga cucu.

"Ada nenek yang insist nak jaga cucu sebab sunyi... mereka tak mahu duduk rumah anak-anak.

"Tak semua nenek umur 60 tahun ni jenis tak larat jaga diri, ada yang sihat walafiat.

"Bukan semua umur 60 tahun tak sihat, yang hantar anak tu tengoklah keadaan dulu. Mak aku umur 65 tahun masih bawa kereta ulang alik Kuala Lumpur - Johor Bahru.

"Parents saya datang Kuala Lumpur 'culik' cucu dia bawa balik kampung sebab saya tak bagi," demikian reaksi netizen.

Reaksi netizen.

Reaksi netizen.

Tidak kurang juga yang bersetuju dengan pengadu kerana turut menyaksikan situasi seumpamanya.

"Parents aku yang umur 60 tahun ke atas kena jaga enam orang cucu yang majoriti sekolah rendah lagi. Parents mereka boleh kerja dan dating dengan bahagianya tanpa gangguan.

"Yang cakap umur 60 masih sihat boleh jaga budak tu mungkin tak pernah jaga anak sendiri selama dua minggu, kita bukan cakap pasal kudrat ya, tapi tentang mental dan emosi... anak kejap bergaduh, kejap menjerit, berlari," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain