suria

Pemberian sebakul baju budak singkap kisah sedih jiran... Tersentak soalan perancangan tambah anak undang jawapan tak terduga

Dikurniakan jiran yang baik merupakan salah satu rezeki. -Gambar hiasan AI

HUBUNGAN sesama jiran sering terjalin melalui perkara kecil seperti bertukar-tukar makanan, barangan dan sebagainya.

Namun, satu perkongsian di media sosial mendedahkan bagaimana kebaikan kecil itu membuka kisah sedih yang tidak disangka.

Menerusi satu hantaran di Threads, seorang wanita berkongsi kebaikan jirannya yang menghadiahkan sebakul pakaian kanak-kanak buat anaknya.

Bertukar-tukar makanan merupakan salah satu cara menghormati jiran. -Gambar hiasan

Beberapa hari selepas itu dia membalas pemberian itu bersama sedikit barangan sebagai tanda terima kasih, sebelum satu perbualan ringkas mencetuskan rasa sebak.

"Aku tanya, baju semua baru dan elok sangat... tak nak simpan ke? Tak plan nak tambah anak lagi? Jawabnya, kami dah berpisah," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu anak enam syukur dapat jiran India baik hati, hari malang bertukar bahagia... Sanggup singsing lengan masak kari ayam!

ARTIKEL BERKAITAN: Seminggu petik cili ‘free’ di laman jiran, tiba-tiba pasu dialih ke ruang lebih strategik... Lagi mudah nak ambil

Menurut wanita tersebut, dia sememangnya mengetahui bahawa jirannya itu berhubungan jarak jauh (PJJ) dengan suami kerana kekangan tugas.

Namun dia sama sekali tidak menyangka kelibat suami jirannya itu yang sudah beberapa bulan tidak kelihatan sebenarnya menandakan hubungan mereka telah berakhir.

  • Seorang wanita menerima sebakul pakaian kanak-kanak daripada jirannya untuk anaknya.

  • Beberapa hari kemudian, perbualan ringkas mendedahkan jiran tersebut telah berpisah dengan suaminya.

  • Wanita itu terkejut kerana menyangka suami jirannya tiada kerana hubungan jarak jauh atas urusan kerja.

  • Jiran berkenaan kini membesarkan anak-anak kecil seorang diri walaupun masih muda.

  • Perkongsian itu menyentuh hati warga maya yang turut mendoakan kekuatan dan kebaikan buat jiran tersebut.

Ujarnya, jiran berkenaan kini menguruskan anak-anak yang masih kecil seorang diri walaupun usianya masih muda, sekali gus membuatkan dia berasa simpati dengan dugaan yang dihadapi.

"Apabila tengok tinggal satu kereta ja parkir depan rumah, aku jadi sayu. Anda semua doakanlah jiran aku okey dan dimudahkan urusan dia... baik orangnya," tulisnya lagi. 

Perkongsian tersebut mengundang perhatian warga maya yang turut tersentuh dengan kisah berkenaan, selain memuji sikap prihatin serta nilai kejiranan yang masih utuh dalam kalangan masyarakat.

Netizen turut bersimpati dengan nasib jiran wanita berkenaan.

Dalam pada itu, ramai turut mendoakan agar jiran pengadu terus kuat menghadapi dugaan hidup.

"Jawapan yang kita tak duga. Ujian orang berbeza.

"Sayunya hati apabila dengar sudah berpisah... walaupun jiran, tapi kita nampak family tu pernah bahagia sebelum ni," komen netizen.

Artikel Lain