suria

Ibu anak enam syukur dapat jiran India baik hati, hari malang bertukar bahagia... Sanggup singsing lengan masak kari ayam!

Jiran yang baik adalah satu anugerah. -Gambar hiasan

MEMILIKI jiran yang prihatin dan bertimbang rasa adalah rezeki yang tidak ternilai.

Berpeluang memiliknya, ibu kepada enam cahaya mata ini berkongsi pengalaman dibantu jiran berbangsa India ketika ditimpa musibah pada Isnin lalu.

Dia yang tinggal di taman perumahan berkata, kawasan penempatannya sunyi pada waktu siang kerana kebanyakan jiran keluar bekerja.

"Siang hari memang tinggal aku dengan mak, ayah dan jiran India sebelah rumah.

Jiran tetangga perlulah saling bertoleransi dan bertimbang rasa. -Gambar hiasan

Jiran tetangga perlulah saling bertoleransi dan bertimbang rasa. -Gambar hiasan

"Kemudian jadi satu peristiwa yang aku tak akan lupa sampai bila-bila. Masa aku sibuk di dapur, air panas tertumpah kena tangan dan kaki aku... terus melecur.

"Sakitnya Allah je yang tahu, aku menjerit kuat sebab terlampau sakit, jiran sebelah mungkin terdengar, dia cepat-cepat berlari masuk rumah," ujarnya di laman Thread.

Menurut wanita ini, selepas mengetahui insiden yang berlaku, jiran terbabit terus mengambil bayinya yang baru berusia tiga bulan untuk diserahkan pada suami.

ARTIKEL BERKAITAN: Jiran baru pindah rupanya sedang terseksa, cerita semua sikap buruk suami masa 'house warming' - "Mereka dah 3 bulan kahwin"

ARTIKEL BERKAITAN: Seminggu petik cili ‘free’ di laman jiran, tiba-tiba pasu dialih ke ruang lebih strategik... Lagi mudah nak ambil

Malah jirannya dengan pantas membawanya ke klinik kesihatan sambil ditemani anak berusia lima tahun.

"Yang buat aku terharu, dia siap bayarkan bil rawatan aku. Anak aku pula dia belanja minuman sebab lama tunggu aku selesai dirawat.

"Rasa macam ada keluarga sendiri yang bantu, padahal kami bukan sedarah. Balik dari klinik, dah hampir pukul 1 tengah hari.

  • Seorang ibu enam anak cedera melecur terkena air panas ketika memasak, lalu dibantu segera oleh jiran India sebelah rumah.
  • Jiran terbabit menghulurkan bantuan pantas – ambil bayi tiga bulan, hantar mangsa ke klinik dan bayarkan bil rawatan.
  • Anak mangsa turut dijaga; malah jiran belanja minuman kerana lama menunggu di klinik.
  • Pulang ke rumah, jiran itu tolong masakkan lauk tengah hari (kari ayam & ayam kicap) supaya anak-anak mangsa sempat makan.
  • Wanita itu sebak & bersyukur kerana dikurniakan jiran prihatin tanpa mengira bangsa, perkongsian kisahnya turut dipuji netizen.

"Anak-anak aku yang lain nak balik sekolah dan aku risau tak sempat masak," kongsinya lagi yang terkejut apabila jirannya turut membantu menyediakan juadah tengah hari.

Tambah wanita ini lagi, jirannya hanya meminta izin untuk menggunakan dapur dan meminta dia berehat.

Ujarnya, juadah yang dimasak adalah kari ayam dan ayam kicap.

Kebaikan yang ditunjukkan itu membuatkan dia menitiskan air mata tanda syukur kerana dikurniakan jiran yang baik dan ikhlas membantu tanpa mengira bangsa mahupun agama.

Warga maya memuji keprihatinan jirannya.

Warga maya memuji keprihatinan jirannya.

"Semalam aku betul-betul belajar, jiran baik itu nikmat yang sangat besar. 

"Mereka bukan sekadar jiran, tapi keluarga tanpa ikatan darah, syukur Ya Allah. 

"Semoga kebaikan jiran aku dibalas berlipat ganda," tambahnya.

Perkongsiannya itu mendapat reaksi daripada warga maya, ramai memujinya kerana menyebarkan kebaikan kepada umum.

"Posting macam ni yang bagus. Sebarkan kebaikan, bukan cerita aib sesiapa dan berjemaah mengecam. 

"Setiap tuan rumah berharap dapat jiran yang baik macam tu, tapi kalau tak boleh dapat, cubalah jadi macam tu.

"Jiran yang baik adalah syurga dunia, Alhamdulillah, saya pun dikurniakan jiran Melayu yang baik di sepanjang hidup saya," demikian reaksi warga maya.

Artikel Lain