FITRAH setiap manusia menyukai apa sahaja yang baik, indah dan cantik di mata.
Begitu juga dengan jodoh, boleh dikatakan setiap individu pasti akan tertarik dengan kecantikan atau ketampanan seseorang sehingga bersungguh-sungguh mahu memiliki dirinya.
Disebabkan rupa paras juga, dua beradik pernah bermasam muka angkara seorang jejaka, sebagaimana kisah yang dikongsikan seorang pelayar di media sosial.
Boleh dikatakan kebanyakan wanita mendambakan lelaki yang setia dan enggan berbahagi kasih. -Gambar hiasan
"Saya ada seorang kawan memang cantik gila, kacukan Arab dan Siam. Dalam adik beradik dia, dia paling lawa. Satu hari, ada yang datang nak meminang kakak dia.
"Seperti biasa, dia yang bongsu tolong apa yang patut. Tengah majlis merisik, lelaki tu dan keluarganya berbisik. Tiba-tiba wakil lelaki tu cakap yang ni dah berpunya ke belum sambil tunjuk member aku.
"Semua pandang dekat dia dan ayah dia beritahu, masih belajar. Nak singkatkan cerita, mamat tu berkenan dengan member aku, tak jadi ambil kakak dia sebagai isteri," tulisnya dalam hantaran berkenaan, mengimbas kembali kisah membabitkan rakannya yang berlaku 10 tahun lalu.
ARTIKEL BERKAITAN: “Aku kasihankan bakal bini dia” - Wanita nekad bocor rahsia besar ‘ex-BF’, bimbang merana lepas nikah
ARTIKEL BERKAITAN: Nekad batal nikah sebulan sebelum majlis, wanita tak teragak-agak 'lelong' barang kahwin... Tak sangka laku keras!
Menurut individu tersebut, bapa rakannya bertindak memberi teguran kepada keluarga jejaka berkenaan kerana seolah-olah mempermainkan perasaan anak perempuannya yang sepatutnya dirisik.
"Bila majlis dah habis, member aku dan kakak dia bertekak. Bergaduh besar mereka satu keluarga.
"Malam tu, member aku tidur rumah aku memandangkan mak ayah dia suruh keluar sekejap nak tenangkan kakaknya. Yes, jangan main-main dengan kecantikan perempuan," ceritanya.
Kecantikan sering menjadi daya tarik dalam memilih jodoh, seperti kisah dua beradik yang bermasam muka gara-gara seorang jejaka yang berubah hati ketika merisik.
Ketika majlis merisik untuk si kakak, lelaki tersebut tiba-tiba menunjukkan minat kepada adik yang lebih cantik.
Bapa mereka menegur keluarga pihak lelaki dan menolak pinangan kerana menganggap tindakan itu mempermainkan perasaan anak perempuannya.
Insiden itu mencetuskan pergaduhan antara dua beradik, dan adik tersebut terpaksa bermalam di rumah rakan bagi meredakan keadaan.
Selepas 10 tahun berlalu, si kakak telah berkahwin dengan lelaki lain manakala si adik memilih untuk menjaga ibu yang sakit.
Tambah individu itu lagi, rakannya mahupun si kakak akhirnya tidak bersuamikan jejaka berkenaan kerana bapa mereka tegas menolak pinangan selepas insiden tidak dijangka itu.
"Kakak dia dah kahwin lelaki lain dan dah bahagia pun. Kawan saya masa tu 19 tahun, sekarang 29 tahun. Kakak-kakak dan abang-abang dia semua dah kahwin, kecuali dia.
"Dia jaga mak dia tengah sakit, ayah dia dah tak ada. Dia tak mencari (jodoh) pun, dia cakap malas nak kenal orang. Benda tu dah lama berlalu. Dah 10 tahun tapi mungkin sebab trauma kot," tulisnya lagi.
Di ruangan komen, warga maya meluahkan pelbagai reaksi terhadap kisah yang dikongsikan namun rata-ratanya bersimpati dengan situasi yang dialami oleh rakan individu itu kerana menjadi mangsa keadaan.
Sebahagian komen daripada warga maya.
Dalam pada itu, mereka turut memuji ketegasan bapa rakannya membuat keputusan demi kebaikan demi anak-anaknya.
"Reject terus je. Laki macam ni pantang nampak perempuan cantik. Nanti dah kahwin, curang tak habis.
"Ada ke patut tanya dan tukar fikiran macam tu je sebab tengok ada lagi cantik?
"Kakak tu patutnya pergi lempang laki tu, bukan bergaduh dengan adik. Yang salah laki tu, bukan adik," antara komen netizen.


