GURAUAN tentang tabiat pemakanan seseorang tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya kerana ada individu mudah terasa atau sensitif berhubung perkara ini.
Seperti wanita ini, sikap rakan sepejabat yang sering menegur rutin makannya ternyata membuatkan hatinya benar-benar tersinggung.
Menurut perkongsian wanita berkenaan, rakannya itu sering mengeluarkan kata-kata sindiran setiap kali dia sedang menjamu selera di pejabat, seolah-olah dia makan tak henti-henti.

Tekanan di tempat kerja boleh memberi kesan kepada kehidupan seharian. -Gambar hiasan
"Contoh macam hari ni, saya ada (beli) bihun goreng sikit dan beberapa biji kuih yang mana saya baru makan satu biji kuih.
"Dia (rakan sepejabat) lalu dan kemudian cakap Tu dia makan... tadi makan apa entah? Saya balas bihun dan dia sambung dah makan bihun lepas tu kuih pula," ceritanya di laman Threads.
Tambah wanita berkenaan, situasi sebegitu bukan sekali dua berlaku sebaliknya sudah berulang kali hingga membuatkan dia yang berbadan gempal berasa tidak selesa.
ARTIKEL BERKAITAN: Dah penat masak, kena tunggu giliran pula... Ramai tak boleh terima amalan lapuk lelaki makan dulu, isteri kemudian
ARTIKEL BERKAITAN: Bangga anak kerja luar negara, makcik perlekeh ‘rider’ tiada pelajaran - “Tapi saya jumpa mak setiap hari”
Malah dia mengakui, setiap kali ditegur kata-kata itu seolah-olah menyindir dirinya gemuk kerana banyak makan.
"Saya cakap, Kak A tolong lepas ni jangan cakap macam tu, dia tanya kenapa? Saya cakap sebagai seorang yang dari kecil kena ejek makan banyak, saya rasa macam akak perli saya makan banyak sebab tu gemuk.
"Terus dia minta maaf dan cakap dia tak niat macam tu. Dia cuma kagum sebab saya boleh makan sebanyak tu.
"Dia tak boleh makan banyak-banyak macam tu. Dia cakap dia nak gemuk sebab akak tu kurus je.
- Seorang wanita tersinggung rakan sepejabat sering menyindir cara dia makan.
- Sindiran berulang itu membuatkan dia terasa seolah-olah diejek gemuk kerana makan banyak.
- Dia akhirnya menegur rakannya dan menjelaskan pernah trauma diejek sejak kecil.
- Teguran itu turut disokong rakan sekerja lain hingga suasana pejabat jadi sunyi dan janggal.
- Kisahnya mendapat sokongan netizen yang juga pernah mengalami situasi sama.
Selepas kejadian itu, katanya, suasana pejabat menjadi senyap apatah lagi seorang lagi rakan sepejabat bersetuju dengan tegurannya, membuatkan suasana pejabat kini sunyi seolah-olah ada 'majlis pengebumian'.
"Saya diam je malas layan, mujur rakan lain pun setuju dengan saya.
"Suasana di ofis ni sekarang sunyisepi macam ada majlis pengebumian," katanya.
Selepas berkongsi tentang 'insiden' itu, ramai netizen yang bersetuju dengan tindakan wanita ini.

Komen beberapa warga maya di media sosial.
Rupa-rupanya ada juga individu pernah mengalami kejadian hampir serupa.
"Saya selalu kena mereka cakap wah pagi-pagi dah makan nasi lemak. Suka hati la padahal kali terakhir kita makan pukul 4 petang semalam. Geram betul, selalu saya jeling je.
"Sama dengan saya, ada seorang rakan Cina yang memang jaga makan, setiap hari akan tegur wah nasi emak, wah donat.
"Saya kata ya saya makan nasi lemak setiap hari sebab lahir dan membesar di Malaysia, kalau saya dari Perancis mungkin awak akan tengok saya makan croissant pagi-pagi ni.
"Betul, saya gemuk, saya tahu tu. Dia terkedu sampai hari ni tak pernah tegur dah.
"Bagus awak tegur. Sekurang-kurangnya sekarang dia tahu. Makan je apa awak nak. Tak ada siapa berhak nak cakap macam tu.


