SEORANG jurugambar berkongsi pengalaman pahit dilayan seperti ‘hamba abdi’ ketika menerima tempahan fotografi perkahwinan.Lebih mengecewakan apabila dia memaklumkan hanya menerima bayaran sebanyak RM700 bagi dua majlis iaitu akad nikah dan persandingan. Katanya, dia pada mulanya berniat membantu pasangan pengantin mendapatkan khidmat fotografi pada harga mampu milik, namun keputusan tersebut mengundang pengalaman yang tidak disangka.Dipaksa memasang khemah kenduri antara pengalaman tidak dapat dilupakan jurugambar. -Gambar hiasan AI"Masa ni aku fikir dapat bantu pengantin la. Tapi silap besar apabila aku letak harga rendah."Maka target market aku pun berubah daripada orang berduit kepada orang tak berduit tapi nak bergaya," katanya menerusi luahan di media sosial.ARTIKEL BERKAITAN: Jiran lebih sudu daripada kuah, jerkah jurugambar tengah ‘shoot’ sebelum akad nikah... Tuduh sengaja lengahkan majlisARTIKEL BERKAITAN: Panduan khusus buat kaum lelaki hadir ke majlis perkahwinan... Elak pakai jersi, salam keruk jangan minta bakiTambah pengadu, pengalaman paling diingatinya ialah apabila dia diminta melakukan kerja di luar skop tugas sebagai jurugambar.“Aku datang awal pagi untuk tengok pelamin dan set up lampu. Tiba-tiba ada makcik minta aku pasang khemah."Apabila beritahu aku ni jurugambar dan ada kerja dalam rumah, dia mula sindir kata aku lelaki pemalas dan banyak alasan,” katanya mengimbas kejadian yang berlaku sekitar tahun 2017 ketika baru memulakan kerjaya sebagai jurugambar.Selain itu, dia turut berdepan situasi tidak dijangka apabila pasangan pengantin memutuskan untuk berkongsi kos perkhidmatan fotografi tanpa pengetahuannya.Jurugambar kongsi pengalaman dilayan teruk selepas ambil job murah.Dia pernah diminta buat kerja luar skop seperti pasang khemah.Pengantin turut berkongsi kos perkhidmatan tanpa pengetahuannya.Dia juga diminta ambil gambar hampir semua tetamu.Pengalaman itu membuatkannya menetapkan harga ikut pasaran.Ringkasan ini dijana oleh AIMenurutnya, selepas selesai mengambil gambar pasangan pengantin, dia didatangi satu lagi pasangan yang turut meminta gambar mereka di pelamin.“Lepas ambil beberapa keping gambar, baru aku tahu rupanya mereka berkongsi duit untuk upah aku."Aku terus terang beritahu kalau nak aku ambil gambar pasangan tambahan, perlu bayar lebih. Akhirnya aku tak teruskan sesi fotografi untuk pasangan kedua,” katanya.Selain itu, dia juga diminta merakam gambar hampir semua tetamu yang hadir termasuk jiran dan kenalan lain.Menurut jurugambar tersebut, pengalaman berkenaan membuka matanya mengenai kepentingan menetapkan kadar bayaran yang sesuai dengan skop kerja.